Nasib Baik Beli Tiket Online Petrosains


Assalamualaikum. 

Lama betul tak sharing-sharing kat sini kan? Ini pun cerita awal cuti sekolah tempoh hari. Lama dah berjanji dengan anak-anak nak bawa ke Petrosains ni sebenarnya... tapi tu lah, hari tu masa nak pergi (sebelum yang jadi ni) tak tahu pulak kena booking tiket online. 

Boleh je nak walk-in, tapi takut tiket habis macam kami kena dulu. Pengajarannya, kali ni kami beli siap-siap tiket online. 


Waktu kejadian, semua lancar je. Tunjuk je tiket yang kita dah beli online tu. Dia ada QR code dan nanti staff situ akan scan. 

Ini tempat yang mula-mula kita akan jumpa lepas check in tu. Sebenarnya, ni kali kedua saya ke Petrosains. First time dulu zaman bujang. Memang seronok sebenarnya Petrosains ni tak kira bagi kanak-kanak atau orang dewasa. 

Hampir kesemua pameran yang ada dalam ni adalah interaktif. Jadi kita memang kena guna deria untuk tahu apa sebenarnya pameran-pameran tu. Bagi anda yang datang ke Petrosains ni, kena set dalam kepala santai-santai dan cuba semua pameran yang ada. Sebab kalau rushing, rugi lah. Kebanyakannya memang kena beratur.

3D theatre contohnya, setiap sesi 20 minit dan maksimum 29 orang je yang per-sesi tak silap. Yang datang beratus. Memang kena sabar dan santai. Nak-nak yang datang dengan anak-anak kecil. Mak ayah sebenarnya kena biar dan follow je apa yang mereka nak buat dan nak sentuh. 




Lagi satu, kalau nak datang sini kena pastikan anda semua dah block sehari tu memang untuk Petrosains je. Baru berbaloi sebab dapat experience semua yang ada dalam tu. Banyak AR VR, consoles dan sekarang bertambah-tambah saya tengok benda baru. Nanti saya share link youtube untuk videonya sebab entah kenapa excited ke apa, saya banyak rekod video instead of ambil gambar. ya ampunnnn.

Kalau lapar, anda jangan risau. Sebab dalam tu ada cafe. Makanan okay la untuk alas perut lagi-lagi untuk anak-anak. 

Oh ya, sebenarnya Petrosains ni semuanya berkenaan petroleum dan sains yang berkaitan dengannya. Sangat bagus untuk memupuk minat anak-anak belajar lebih mendalam berkenaan bahan api fosil dan byproduct lainnya. 







Notakaki - Tengah menyesal lagi ni sebab ambil video banyak daripada ambil gambar. Satu kerja pulak nak mengedit masuk youtube. 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال