Jerawat Degil Hilang Dengan CETAPHIL Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser

Assalamualaikum!

Hari ini, saya nak share dengan anda pengalaman saya menggunakan CETAPHIL Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser. Sebenarnya dulu saya ada satu jerawat dekat pipi. Mula-mula tu macam nak surut dah, tapi lama-lama dia jadi macam jerawat yang takde mata tu. Langsung jadi macam tahi lalat hidup, hitam dan berbonjol sedikit. Yang merimaskan saya, benda ni kekal cecah 4 tahun lebih tau!

Macam-macam ubat dan macam-macam cara saya cuba. Operate je belum. Ada sekali tu, saya geram, saya try picit. Sekali bengkak & merah. Dah lah muka dah sedia tak berapa helok, pipi pulak benjol. Saya nampak ada CETAPHIL Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser kat dalam bilik air, wife punya. Saya try lah pakai. Alhamdulillah, lepas 3 4 hari pakai tetiba jerawat tu jadi ada mata dan pecah pastu hilang. Parut pun lepas beberapa bulan dah nak hilang sepenuhnya dah. Lega!

Apa benda CETAPHIL Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser ni? 

Ia sebenarnya adalah pembersih wajah yang ringan dan lembut yang diformulasikan khas untuk memberikan kecerahan yang segera dan memberi kesan menyeluruh terhadap penampilan kulit. Pembersih ini diperkaya dengan formulasi inovatif yang membantu membersihkan kulit secara mendalam tanpa menyebabkan kekeringan atau efek kepada kulit sensitif. Dengan penggunaan berterusan, pembersih ini mampu memberikan tona kulit yang sekata, mengurangkan kedutan halus, dan meningkatkan kelembutan kulit.




Satu hal yang saya suka pasal CETAPHIL adalah mereka memang memilih ramuan yang lebih mesra kulit sensitif untuk digunakan dalam produk mereka. Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser mengandungi bahan-bahan aktif yang berkesan dalam memberikan manfaat kepada kulit. Beberapa bahan penting yang terdapat dalam pembersih ini termasuk:

Niacinamide: Mempunyai sifat memudarkan parut dan memberikan kecerahan kepada kulit yang kusam.
Glutathione: Mengandungi sifat antioksidan yang membantu menangani tanda-tanda penuaan dan memberikan kilau semulajadi pada kulit.
Pro-Vitamin B3: Meningkatkan kelembutan dan tekstur kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan lebih licin.
Ekstrak Tumbuhan Alam: Mengandungi sifat menenangkan dan melembapkan, membantu menjaga keseimbangan hidrasi kulit.

CETAPHIL Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser ni sangat mudah didapati! Anda boleh membelinya di farmasi, kedai runcit, atau kedai kecantikan yang terpilih di seluruh Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan produk ini secara dalam talian melalui laman web rasmi CETAPHIL atau laman web online shopping yang terkenal.

Ini adalah pengalaman peribadi saya. Ada kawan pakai yang jenis lain tapi brand CETAPHIL jugak, tak sesuai dengan kulit dia yang kering. Sorry le takde gambar testimoni, saya segan! 


1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Oh, bagus ya yg ni.. tapi ikut jenis kulit jugaklah kan. Sy tak pernah nampak yg warna pink macam ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال