Tak Perlu Pun Takaful....


"Weh! Aku umur dah 40 ni. Harta banyak dalam KWSP lah, ASB lah, Tabung Haji lah, Unit Trust lah dan aku ada 3 properties dah. Nak buat Hibah Takaful? Macam tak perlu je!" kata kawan ku

Disitu dia SILAP sebenarnya 😅

Ada banyak sebab kenapa dia PERLUKAN HIBAH TAKAFUL walaupun dah banyak harta.

1) Bila kita meninggal dunia, semua harta tadi akan beku. Tak boleh dikeluarkan atau diagihkan tanpa lalui proses pembahagian pusaka. Kalau bini pepandai keluarkan duit dari akaun bank, boleh dikira makan harta secara bathil(makan harta hak waris lain).

2) Tak kira samada ada buat wasiat, proses perlantikan pentadbir pusaka dan urusan pembahagian pusaka akan ambik masa berbulan bulan atau mungkin bertahun (jika tiada wasiat).

3) Bila harta terbeku dan ambik masa lama untuk dicairkan, macam mana dengan belanja harian keluarga? Sekolah anak, bil bil bulanan dan hutang pinjaman kereta yang ada?

4) Kalau harta banyak terutamanya lebih 2 JUTA, proses pusaka perlu masuk mahkamah dan kena upah lawyer. Caj lawyer sahaja sudah berpuluh ribu, tidak termasuk duti setem urusan pusaka yang dikenakan ke atas jumlah keseluruhan harta pusaka.

Dari mana waris nak dapatkan duit untuk tanggung kos proses pusaka, terutamanya kalau harta pusaka yang ditinggalkan kebanyakannya bukan tunai seperti rumah, kereta dan tanah?

5) Tu belum masuk tuntutan dari waris waris lain terutamanya dari bukan keluarga terdekat seperti ibubapa atau adik beradik. Takkan isteri kena jual rumah supaya mereka boleh tebus hak faraid waris lain?

Atas sebab-sebab itulah, dia kena sediakan HIBAH TAKAFUL, iaitu pampasan tunai yang dibayar segera (dalam masa 2 minggu ke 1 bulan) untuk kegunaan waris terutamanya anak dan isteri. Banyak benda mereka kena uruskan bila dia takde dan kebanyakan urusan tu PERLUKAN DUIT! Takkan dia nk biar keluarga dia mcm tu je kan?
Sekadar perkongsian.

1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال