Pancake dan Susu Segar



Bila anak dah pandai request nak makan apa, kita sebagai ibu bapa pun lega sebenarnya. 

Bukan apa, kita dah tak payah susah-susah nak meneka apalah selera anak-anak untuk sarapan, tengahari dan malam. Kita sebagai ibu bapa ni selalunya pun untu nak memikirkan menu apa yang kita nak. 

Tuntutan kerja dan tugas di rumah kadang-kadang membuat kita leka dari memikirkan makanan apa yang kita nak masuk ke perut. Bila anak dah pandai minta, kita pun boleh ikut sahaja apa yang mereka nak makan. 

Kalau sebelum ni Khayla kalau tak nasi lemak, nasi goreng pattaya... itu sajalah yang dia pandai minta sebelum masuk 6 tahun. Tak bosan pula tu asyik makan makanan sama. Kita yang tua ni pula risau takut dia bosan, tapi selalunya habis dimakan. Kalau si Andika pula jika ditanya, memang 'cikin' la jawabnya. Nasi putih dengan ayam goreng tepung Bestari paling dia suka. Kuah tak nak. 

Semalam bangun pagi terus cakap "Kakak nak minum milk dulu, nanti ayah buat pancake tau." Walaupun sebelum ni dia lebih suka makan makanan berat atau roti canai untuk sarapan, kebelakangan ni selalu juga minta untuk dibuatkan pancake cicah susu pekat. Layankan saja lah selagi dia nak makan. Karang kalau dia taknak makan, kita pula yang kepala pusing. Lepas dah siap mandi apa semua, saya buatlah pancake untuk anak dara bertuah.

Si Andika, tak usah diucaplah. Dalam seminggu kadang-kadang tiga hari saja dia berselera. Hari lain puas memaksa dan memujuk untuk dia makan. Ada yang kena suap gilir-gilir sambil makan aiskrim baru laju dia makan pun ada. Macam semalam, dah boleh agak memang dia tak nak sentuh pancake. Dia minum susu segar Farm Fresh saja sampai dua gelas. 

Yang tak tahannya, tengah minum susu tu dia boleh mintak nak 'pisja (pizza)'. Apa mimpilah anak jantan ayah ni semalam sampai pagi-pagi nak makan pizza. Order juga lah Pizza Aloha Chicken yang saiz personal tu. Sentuh juga lah sedikit. Sekejap sahaja duduk di meja makan sebelum dua-dua melompat ke bilik tengah yang kami sediakan sebagai tempat simpan permainan dan tempat mereka bermain.

Bila bab makan ni, kami risau dengan Andika. Susah betul nak dapat tune seleranya. Kalau kakaknya dahulu pun sama juga sampai umur 3 tahun... susah nak makan. Lepas masuk saja ke playschool, bertambah-tambah selera. Asal suap, memang habis makan. Andika ni sebab dia lahir hujung tahun, nak hantar ke playshool macam awal sangat. Tapi kalau ikut tahun dah 4 tahun... lepas tu ada speech delay sikit. Pun kami tengah pening nak buat macam mana. Ada pakar cakap okay lagi, sebab sekarang dia dah pandai susun perkataan. 

Apa-apa pun, semoga membesar menjadi anak yang bijak dan soleh lah ya Andika. Teman bergaduh dan suka gusti orang. Dalam masa yang sama, ibu dengan ayah selalu juga mencari dan mengamalkan petua-petua untuk Andika lebih berselera makan dan cepat bercakap banyak. 

Kalau ada petua-petua untuk tambah selera anak, boleh lah kongsi-kongsi ya. Boleh kami cuba juga. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 


6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Alamak sedap plak tengok Pan Cake tu ha

    BalasPadam
  2. Khayla kita pun kalau suka makanan tu, itu je lah dimakannya. Kita pulak risau dia tak dapat zat secukupnya sbb takde variasi menu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Itu yang beli jugak supplementary vitamin tu untuk dorang.

      Padam
  3. rajin bt pancake. tulah nk bt mudah tp bila beli mahal betul

    BalasPadam
  4. Sedap pula tengok pancake tu. Cantik sahaja rupanya. Lepastu dengar nasi goreng patayya pun rasa macam nak nasi goreng patayya tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال