Memburu Cahaya


InsyaAllah lagi beberapa hari kita akan menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan yang diberkati buat sekian kalinya. Sepanjang dua tahun ini banyak sungguh yang kita semua lalui. Dugaan, pahit manis kehidupan sebagai seorang hamba pelbagai rencam pelbagai warna. 

KA sendiri pun ada pasang surut sepanjang Covid19 melanda global. Dengan gaji sangkutnya dengan business tak ada projeknya. Semuanya memberi kesan yang mendalam terhadap KA dan secara langsung membuat KA sedar yang KA hanya seorang insan kerdil. 

Pun begitu, KA selalu menanam dan mendidik hari dan jiwa KA menjadi tabah, perserverance. Menjadi anjal dalam menempuhi dugaan yang mendatang. Bermacam-macam yang kami isteri lakukan bermula dengan perancangan. Alhamdulillah syukur buat Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani, kami melaluinya dengan penuh sabar dan redha. KA sangat bersyukur mempunyai isteri yang memahami. Dalam bebelannya penuh sayang dan ehsan. 

Sudah dua tahun Ramadhan kita seakan kosong dengan ketidak-bolehan bertarawikh di masjid beramai-ramai. Itu juga suatu ujian buat kita semua sebagai umat Islam. Rasa rindu membuak-buak. Tidak cukup dengan itu, Hari Lebaran juga terasa sunyi tanpa ziarah saudara mara dan sahabat taulan. Namun, kami suami isteri tetap menyambutnya dengan meriah dalam bersederhana. Masak rendang, ketupat, nasi dagang, sup tulang dan sebagainya untuk diagihkan kepada jiran-jiran terdekat. 

KA berharap Ramadhan yang bakal muncul beberapa hari lagi, sempat untuk KA lalui. Sempat untuk KA bersama-sama umat Islam selurunya memburu cahaya di dalam bulan yang mulia ini. KA juga mendoakan kalian semua. Bersamalah kita memperbaiki amal ibadat kita pada bermula saat ini sehingga hujungnya agar semuanya lebih baik dan lebih indah berbanding yang sudah-sudah. 

Marhaban ya Ramadhan!

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Salam Ramadan KA. Selamat beribadat dan doa banyak-banyak agar ada cahaya di hujung terowong

    BalasPadam
  2. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan terisi. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال