Jala Mas, Tanjung dan Tahi Itik

Alhamdulillah. 

Saya sekeluarga akhirnya sampai ke rumah kami semula selepas beberapa hari berada di kampung dan dapat berbuka puasa bersama keluarga di Kelantan. 

Di kampung selalunya memang berbuka dengan sederhana sahaja kalau bab lauk-pauk. Lain pula halnya kalau bab manisan dan kuih-muih. Orang Kelantan dan manis berpisah tiada. Begitulah yang dapat saya cakapkan bila tiba waktu berbuka. 

Kali ini saya nak kongsikan antara manisan kegemaran kami sekeluarga juga setiap kali tiba bulan Ramadan. Kesemua kuih-muih atau manisan ini berasaskan telur. 3 daripadanya menggunakan kuning telur sebagai asasnya iaitu Jala Mas, Tanjung Kuning dan Tanjung Oren. Kuih Tahi Itik pula menggunakan telur putih. Jangan ditanya kenapa namanya dipanggil macam tu sebab saya sendiri pun tak tahu. 

Dalam keempat-empat kuih-muih ni, saya paling suka Jala Mas. Dari kecil sampai lah ke umur sekarang. Rasa lemak manis dia memang tak boleh tahan. Sedap sangat. Dalam Puding Raja dari Pahang juga ada Jala Mas. 

Secara asasnya keempat-empat kuih-muih ni memiliki rasa yang hampir sama. Mungkin kerana bahan asasnya juga adalah daripada hasil yang sama. Tahap kemanisan dan kelemakan saja yang lain bagi saya. 

Tanjung Kuning dan Tanjung Oren tu juga ada tahap kemanisan yang berbeza. Yang oren kurang manis dan tak memiliki rasa sedalam yang kuning. Kesemua kuih-muih ni saya beli di kedai Abang Din, salah seorang saudara-mara sebelah ayah. Kedainya berada di dalam perjalanan ke PCB. Kalau dari Kota Bharu, kedainya sebelah kiri sebelum Balai Polis Badang. Memang kedai dia saja satu-satunya kedai yang saya cari untuk beli kuih-muih ni setiap kali bulan puasa. 

Tak ada lah nak cakap kedai lain tak sedap. Cumanya, ada sesetengah kedai tu rasa hanyir telur kuat. Kalau tak ke kedai Abang Din, di Pasar Siti Khadijah juga banyak kuih-muih macam ni. Setakat ini yang dijual di pasar juga semuanya sedap-sedap belaka. 

Saya dah merasa banyak manisan juadah berbuka daripada negeri Pahang juga sebab isteri orang Pahang. Teringin nak merasa manisan atau kuih-muih dari negeri-negeri lain. 

Bagi anda kuih apa yang jadi juadah wajib setiap kali berbuka? 

6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Aini tak pernah rasa kuih-muih negeri Kelantan..
    Nak juga cuba tapi tak tahu mana yg sedap..

    Bulan puasa Aini wajib ada tepung pelita sebab tu paling favourite Aini..hehe

    BalasPadam
  2. SA pernah makan tapi tak tahan manisnya....SA ni mana makan yang manis2 kan...

    BalasPadam
  3. kuih muih kelantan memang banyak. Kalau pergi pasar khatijah emm rambang mata nak beli. Tahi itik dan jala mas dah pernah rasa tapi tu lah kuih muih kelantan semuanya manis..Boleh kena diabetes ni kalau makan selalu.

    BalasPadam
  4. lama dah tak jumpa tahi itik... sy dah lama stop mkn kuih time berbuka puasa. kalau ada pun pisang goreng je hehehhe

    BalasPadam
  5. Wak kalau berbuka puasa terus makan nasi.
    Kalau ada kuih muih makan lepas solat tarawihlah

    BalasPadam
  6. Kuih2 kelatan walaupun manis tetap jadi pilihan no 1. Saya suka buat sendiri kuih muih, yg susah baru beli. Cuma yg menjadi kesukaan gulai sipit klatr, wajib cari masa blk raya😅

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال