2 Hari 2 Menu Menggunakan Belimbing Buluh

Puasa-puasa ni memang jadi buntu kan kalau sampai masa nak memasak untuk berbuka. Baru hari ke berapa kami dah kebuntuan.  

Semalam pun nasib baiklah dalam peti ada dua ekor siakap yang dibeli hujung minggu lepas. Pagi masuk ofis sekejap untuk selesaikan sedikit dokumen berkaitan sistem pengurusan dan salin fail-fail untuk digunakan dirumah. Memandangkan masa KA dengan syarikat sekarang dah tak lama, tinggal lagi beberapa hari. KA banyak bekerja dari rumah 

Itu yang balik awal semalam. Pukul 3 lebih dah terpacak depan laptop dekat rumah pula. Sampai rumah terus sambung kerja lagi sebab nak hantar petang semalam juga untuk disemak. Tengah asyik buat kerja, terdengar grill pintu depan dibuka kunci dan dikuak. 

Isteri KA sampai sambil membimbit barang-barang dapur. KA ingatkan nak keluar beli barang dapur lepas siap kerja. Rupanya isteri KA terus beli sebab ingatkan KA belum sampai rumah lagi. 

Berbalik kepada tajuk entri. 

Semalam tak tahu nak masak apa, selain siakap tu kami baru teringat mak mertua ada kirimkan belimbing buluh dari kampung waktu balik kampung hujung minggu lepas.
Teringat pulak mak mertua cakap buat sambal pun sedap. 

Cari punya cari resepi sambal. KA ikut yang rasa dot my ke apa entah semalam. KA pun buatlah sambal belimbing buluh goreng. 

Ringkas sangat resepinya. Tumbuk bawang merah 4 ke 5 ulas, ikan bilis segenggam dan cili api 4 ke 5 biji ikut nak pedas mana. Tumis-tumis sekejap sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan belimbing buluh yang dipotong. Banyak mana, terpulang kepada tahap kemasaman yang diinginkan selera masing-masing. KA letak 8 biji juga semalam. Sesedap rasa kami jugalah. 

Masam masin pedas semua cukup. Buat sahur pun boleh buntang mata. 


Makan dengan ikan goreng ke, ayam goreng ke sedap juga agaknya. 

Sebabkan ada lebih lagi belimbing buluh, hari ni KA masak tempoyak ikan patin letak belimbing buluh. Hari ini punya menu memang dah dirancang oleh isteri KA. KA balik kerja tadi tengok dia terlelap dengan anak-anak, malas KA nak kejut sebab tahu dia nak rehat juga. Malam nanti kerja shif malam lagi. 

KA sampai rumah tadi tengok nasi dah siap dimasak ikan patin juga dah siap dibersihkan. KA terus letak helmet dan sangkut beg terus ke dapur siapkan lauk untuk juadah berbuka hari ini. 

Resepi tempoyak ikan patin pun sebenarnya antara resepi yang ringkas dan sedap bagi penggemar ikan sungai. Cuma kena tumbuk atau mesin tempoyak, cili api dan kunyit. KA tumbuk je tadi sebab kalau mesin takut terjaga pulak dua ketul tu. Masukkan air secukupnya dan letak atas dapur. Masuk bunga kantan 2 atau 3 kuntum dan segenggam kesum. 


Syukur... nikmat berbuka untuk hari ini. Ada pula jiran buat penghantaran kuih-muih. Sempat isteri KA pesan beko ubi kayu dan apam beras cicah kelapa muda parut. 

PKP setahun dua ni banyak mengajar kami berpada-pada semasa berbuka. Satu atau dua lauk pun kenyang juga. Kadang-kadang kuih-muih tak ada pun, cuma makan kurma terus makan nasi.

Puasa sudah-sudah antara menu manisan wajib kami adalah koktel buah dalam tin dan puding roti dengan sos kustard. Koktel dah buat tempoh hari masa di rumah mertua. Puding roti tak esok, lusa kami rancang nak buat. Oh ya, puding karamel pun antara manisan wajib. 

Anda cadangan menu lain ke untuk berbuka? Kalau ada meh komen sikit link resepi tu. Boleh KA rujuk. 


8 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Berul2.. Kali ni berbuka mmg sejenis dua je lauk atas meja.. Kuih muih pun x beli sgt..

    BalasPadam
  2. Tak tercadang la kita bila tengok sambal belimbing buluh dia, kecurrrr. Memang sesuai la dah makan pedas, cuci mulut dengan puding cocktail.

    BalasPadam
  3. SA kalau 4 orang je kat rumah...apa yang ada je la..sbb confirm x akan habis bila masak...tp..kalau adik beradik balik mmg kena masak banyak lauk..yg sorang nak makan ini..yg sorang nak makan itu...anak2 lagi..sbb tu kalau tengok mmg meriah lauk pauk kat blog SA

    BalasPadam
  4. kalau tak ramai memang dah cukup satu dua lauk, kurma dan nasi. sedap sambal belimbing ni. kalau sahur boleh bangkit selera.

    BalasPadam
  5. Naniey selalu buat gulai masam dengan belimbing buluh ni. Guna ikan sungai memang sedap.. :)

    BalasPadam
  6. terliur pulak tengok sambal tu...
    mujur ammi tak geng dengan ikan patin dan juga tempoyak..jadi gambar itu tak mendatangkan apa2 rasa ahhahahah..

    BalasPadam
  7. sedapnya..kecur ailio tengok 2 menu tu..

    bagus KA...tolong menolong suami-isteri..buat isteri rasa lapang, tak stress..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال