Wall's Aiskrim Strawberry Cheesecake


Kami laki bini memang suka sangat makan benda manis. Nak-nak cheesecake ke kek coklat ke... kalau nampak iklan memang selalunya terus order. 

Hari tu isteri KA beli aiskrim Strawberry Cheesecake ni dari Wall's. Belinya untuk anak-anak. Sekali si kakak makan sikit je. Yang adiknya tak nak makan langsung. Mungkin sebab kegemaran dorang aiskrim Nestle Coklat yang dalam tab biru tu.

Nak tak nak, kami laki bini yang makan. Mulanya ingat tipikal punya aiskrim strawberry. Biasanya kan rasa ala-ala strawberry milkshake je. Tapi kali yang Wall's punya ni memang sedap sangat rasa dia. Memang sebijik rasa strawberry cheesecake. Siap ada ketul-ketul cheesecake lagi kat dalam tu. 


Teringat pulak dulu ada aiskrim (popsicle) yang rasa laici + yoghurt. Yang tu pun sedap sangat. Setiap kali singgah Petronas untuk isi minyak, kami mesti beli. 

Sekarang ni jumpa pulak aiskrim ni. Memang mengundang. Harga pulak bukan kayangan. Memang jadi kerja. 

Korang suka aiskrim apa?

26 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Fiza tak pernah try yang ni. Nanti nak cari. So far, entri reviews aiskrim adalah antara entri yang dapat banyak views. Tu based on apa yg Fiza pernah buat. Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai peminat ais krim agaknya kan. Dulu pernah nak buat blog niche. Tapi tak kena dengan jiwa KA yang suka merapu ni. :P

      Padam
  2. Demam-demam sedap makan aiskrim..sejukkan tekak..orang cakap la..bukan saya yg cakap..hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sungguh tu. Demam ke cuaca panas ke, aiskrim memang nikmat

      Padam
  3. Alaaaa....dia tayang eskrem plak....kejam la...kan dah teringin ...

    BalasPadam
  4. Suka...suka...
    Saya suka ias krim cheese ni🥰

    BalasPadam
  5. aritu ada kwn suggest yg ni juga..tk jmpa lagi..nanti nk try...sbb biasa beli yg perisa hershey chocolate yg walls selection ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa pun beli yang Hershey. Tapi anak dah bosan. Wife try tukar selera. Sekali dorang taknak. Kitorang yang habiskan. :P

      Padam
  6. aduyai eskrem jeni mcm ni mmg sedap terasa2 kat tekak ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu. Dah tutup lampu pun merayap bukak peti/

      Padam
  7. sedap tu. sy mampu beli ais krim Malaysia tu je. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ais krim Malaysia Subang ni mahal jugok Abam Kie. Seriya sebatang

      Padam
  8. Belum pernah cuba lagi makan aiskrim ni. Nampak menyelerakan. Nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  9. Ni fav saya… tapi dah lama xmakan sbb bila nk beli ja peti sejuk masih penuh dgn stock2 mknan beku😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kena cepat la habiskan yang kat dalam peti tu Alia

      Padam
  10. Sedap nampaknya. Nak cuba la nanti :)

    BalasPadam
  11. apa2 strawberry uncle suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. kan. Kalau kek kedai, cari strawberry dari timur tengah. Selalunya manis!

      Padam
  12. Kalau Sha memang paling suka coklat dan ada kacang.. Tapi sesekali beli juga perisa buah.. Sedap ini.. Nak kena beli juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni perisa tu memang daripada buah. Bukan pati, tu yang sedap tu kot. Dengan rasa keju yang kuat dan lemak2. Aduhai... kena repeat

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال