Peluang Untuk Menyambung Pengajian PERCUMA di Kolej Profesional Baitulmal


Sebabkan KA pun keluaran Kolej Profesional Baitulmal (dulu dikenali dengan nama Institut Profesional Baitulmal) yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. KA boleh jamin suasana pengajian kat situ memang best dan dekat dengan serba maknika kemudahan. Pensyarah-pensyarah juga terdiri daripada mereka yang tinggi dedikasinya.

Yang paling best, untuk pelajar yang cukup syarat asnafnya (akan ada temuduga), yuran dan semua benda boleh jadi percuma. Untuk peluang duduk di asramanya yang KA rasa cukup selesa, kena aktif berprogram sahaja. 

Mohoh Share dan Kongsikan Peluang Ini.

Kami mencari anak-anak Asnaf dan anak golongan B40 (pendapatan bawah RM4,000 sebulan) dari mana-mana negeri, untuk dibantu melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Lokasi terletak di Taman Maluri berhampiran IKEA Cheras.

Kolej ini adalah dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Telah beroperasi sejak 30 tahun yang lepas dan  kami telah berjaya melahirkan ramai Graduan yang cemerlang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Kelayakan untuk masuk hanya menggunakan keputusan SPM yang sederhana sahaja. (3 kredit)

Kami percaya Ilmu pengetahuan merupakan satu cara untuk seseorang lebih maju ke hadapan dan seterusnya mengubah nasib mereka serta dapat membantu keluarga mereka untuk keluar dari kategori Asnaf  & B40. InshaAllah

Ini lah peluang kedua untuk mereka, walaupun tidak cemerlang dalam SPM.  Kerana kami sedar bukan semua orang mampu untuk menyediakan keperluan pendidikan tambahan seperti tuisyen untuk anak-anak mereka.

Tolong share dan war-war kepada keluarga anda, sanak-saudara, kenalan & rakan-rakan, serta group2 whatsapp tentang peluang ini. 

Semoga usaha kecil kita ini diberikan ganjaran oleh Allah SWT kerana apabila kita berusaha untuk bantu orang  menuntut ilmu pahala nya amatlah besar.

Antara bantuan yang diberikan kepada pelajar di Kolej Profesional Baitulmal ini adalah:
πŸ‘‰πŸΎ Bayaran pendaftaran ditanggung.
πŸ‘‰πŸΎ Yuran pengajian sehingga 25% diberikan bantuan oleh Baitulmal MAIWP
πŸ‘‰πŸΎ Elaun sarahidup pelajar RM300 sebulan diberikan.
πŸ‘‰πŸΎ Asrama percuma.
πŸ‘‰πŸΎ Tajaan Biasiswa Penuh 100% apabila pelajar capai keputusan cemerlang 
- CGPA 3.5 ke atas
- untuk Asnaf, B40 dan Muallaf sahaja.
πŸ‘‰πŸΎ Permohonan pinjaman PTPTN diuruskan untuk baki 75% Yuran Pengajian.

Untuk info lanjut anda boleh whatsapp/ hubungi En. Ahmad Faez di talian :
 01120582080

Website Kolej:
www.kpbkl.edu.my

Facebook Kolej:
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Antara Kursus Yang Ditawarkan: *(Sesi Kemasukan 16 & 17 April 2022)*
- Diploma Pengajian Muamalat.
- Diploma Pentadbiran Perniagaan (Business Admin.)
- Diploma Pengurusan Industri Halal.
- Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)
- Diploma Syariah Islamiyah
- Diploma Pengurusan Zakat & Waqaf
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
- Diploma Matematik Kewangan
- Diploma Penyiaran Islam (Dengan kerjasama TV Al-Hijrah)

Janga Lupa SHARE, SHARE, SHARE dan Kongsikan Peluang Ini. 

Semoga berjaya!

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

Ω†Ω…ΩˆΨ°Ψ¬ Ψ§Ω„Ψ§ΨͺΨ΅Ψ§Ω„