Menjaga Hati Jiran


KA tahu dan faham sangat dilema yang dialami oleh pencinta kucing. Terutama yang tinggal di kejiranan padat lagi-lagi di apartment atau rumah pangsa. Kebanyakan JMB membenarkan penghuninya membela haiwan peliharaan. 

Namun, seringkali juga KA nampak dalam group whatsapp kejiranan bergaduh sebabkan kucing. 

Bagi KA, kucing jalanan tak boleh buat apa lah. AJK, rukun tetangga, JMB atau apa-apa jawatankuasa sekalipun tangkap dan buang, pasti ada juga yang singgah. Yang KA musykil, ada tuan kucing yang mengaku kucing tu miliknya. Tapi bila mintak dia indoorkan kucing, dibiarkan jugak kencing dan berak merata. Alasannya kena berbuat baik kerana kucing adalah haiwan kesukaan Rasulullah s.a.w. 

Mereka juga lupa satu hadith di bawah ni;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak berasa aman daripada perangai buruknya.” (Riwayat Muslim).

Sepatutnya boleh menilai mana lagi utama. Kalau takut kucing sendiri membuang merata, kurung dalam rumah. Bawa berjalan sekali sekala dengan pemantauan. 

Kucing ni haiwan kecil dan manja. Senang terikat dengan manusia. Jangan kerana sikap kita, haiwan kecil ini menjadi mangsa. Dalam group kucing juga siap ada mengadu orang ugut nak bunuh kucingnya. Mana tak nya, kucing belaan dibiar membuat onar. Kita minta jiran bertolak ansur, tapi kita?

Lainlah kalau kita duk jauh daripada orang. Boleh lah nak lepaskan kucing merata. Yang mana ia juga merupakan hajat hati KA untuk masa akan datang. Ada rumah di atas tanah luas. Boleh lepas je kucing-kucing bermain dan dalam masa yang sama ada tempat untuk mereka berteduh. 

Sayang kucing macam mana sekalipun kena lah tahu perkara yang perlu diutamakan. Semoga kita baik-baik selalu.

Gambar: Ambil sendiri di kampung mertua.

4 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Memang byk kucing berkeliaran di kwsn taman2 perumahan ni yg bertuan dan byk jga yg tak tp kucing2 sekadar singgah meminta mknan terbuang di blkg2/dpn umah. keJiran2 pun kebykan bela kucing ada dlm umah & dilepaskan shj. Ciknur Pun bermula bela kucing thn 2020 secara tak sengaja sb ibu kucing tu dtg beranak kat rumah Bermulalah episod tak sengaja. Kami sekeluarga alhamdulillah menyayangi binatang tak kiralah binatang apa. Sungguhh tak sampai hati nk biarkan ank2 kecik dan ibu
    mula2 timbul jga x puashati jiran sebelah yg tak suka kucing kot he hee manusia rambut sama hati lain2 kan. Tapi sedaya upaya sy cuba elakkan , kucing kurung dlm cage ,mlm msk dlm.rumah. Najis cepat2 buang supaya x berbau. Mcm2 letak pewangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah. Dari zaman saya duduk dengan nenek, kat rumah mak ayah pun banyak kucing asalanya datang sebab kita bagi makan. Kelamaan jadi peneman.

      Padam
  2. Ayu memang kurung kucing dlm rumah..takut masalah mcm ni la. Jiran tu penting, kena jaga ... sbb mereka lah yg terdekat dgn kita. Jiran tu jugak la yg kita nak minta tolong kalau apa2 emergency...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sepatutnya tuan haiwan peliharaan berfikiran macam ni semua. baru hidup aman tenteram.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال