Bunga Gerimis

 


Alkisahnya...

Dulu... dalam lingkungan umur KA belasan. Sebelum KA mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. KA pernah berulangkali menyelak helaian buku kumpulan puisi Bunga Gerimis di teratak arwah Tok Ayah.

Buku ayah atau buku pakcik dan makcik, KA lupa hendak bertanya.

Semasa KA memulakan pengajian di suatu kolej swasta di Taman Shamelin. KA teringat akan puisi-puisi yang malar segar di dalam Bunga Gerimis. Rasa nak sangat baca ulang baca.

Cuti semester menjelang. KA pulang ke kampung halaman. Bergegas ke rumah arwah Tok Ayah dengan niat nak mencari si Bunga Gerimis. Malang, Bunga Gerimis entah ke mana.

Kini, umur KA 30-an barulah KA kembali dapat menatap rangkap-rangkap indah Bunga Gerimis. Nasib baik terjumpa ada yang ingin melepaskannya di e-shop, Carousell. Sungguh... terubat rindu.

Menyelak helaian Bunga Gerimis sambil menghirup kopi dibancuh segar ketika turunnya gerimis. Damai.

Helai-helai daun yang luruh

kadang-kadang mengingatkan

di manakah di garis peta ini

tiba perjalanan dan berdiri kita

hutan yang diredah

atau padang terentang

ingatan yang dipapah

atau mimpi yang tiba-tiba terdiam


Pada Usia Ini | Lim Swee Tin

1985

18 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Peminat sajak ye KA.
    Saya minat sajak tulisan Baha Zain: Kita Mainan Waktu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minat sangat tapi masih bertatih untuk memahami bait-bait puisi. Cuma KA ni kat luar orang yang kelakar. Sesekali bermadah kena gelak. :D

      Padam
  2. Ayat berbunga dalam maknanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Kadang tu maksud dia lambat sampai.. lama fikir, bila dah sampai tu terus ke jiwa

      Padam
  3. Kalau tak silap dulu masa belajar aliran sastera di tingkat empat guna buku Bunga Gerimis nie.. tapi tak Kak Sue boleh nak bawak sebab lebih minat aliran perdagangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. KA first baca rasanya buku pakcik atau ayah masa sekolah

      Padam
  4. suka dengar orang baca puisi diiringi background music sentimental..

    BalasPadam
  5. abe pun baru skrg berjinak2 dgn teks sastera Melayu. Semlm order 'Badai Semalam' di Shopee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti review la Abe Kie. Ulasan dari warga pendidik ni kemah sikit

      Padam
  6. Saya pun suka puisi.
    Saya follower ke #199. Terima kasih singgah ke blog saya.

    BalasPadam
  7. wah cayalah peminat puisi ni. Orang kata jiwa yang seni memang sungguh menjiwaiii ayat-ayat puisi apa lagi bahasa-bahasa klasik yang lama seperti gurindam. pantun dan seangkatan dengannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Mungkin kerana terdidik dengan meneliti setiap bait yang diutarakan.

      Padam
  8. Kalau baca buku ini dengan muzik mesti lagi feeling kan. :')

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال