Bestnya Orang Belanja MyKori Dessert!

Mungkin sebab KA behave jadi surarumah sepanjang dua hari cuti CNY, semalam mekmung (dibaca: my wife) ajak layan dessert di MyKori Subang Perdana. KA macam pernah dengar sebelum ni nama ni, tapi jantan ni mana nak ingat sangat kedai-kedai dessert ni. Kedai nasi berlauk atau nasi kerabu KA tahu la.

Apa-apa pun dah orang nak belanja, kita cargas. 

Sampai sana kitorang terus ke kaunter sambil suruh anak-anak duduk dulu kat meja sebab kena order dan pick-up dekat kaunter. Sambil tengok-tengok menu kitorang tanya suggestion dari cashier merangkap waitress tu. 

Dia suggest kitorang try Mango Cheesecake Kakigori dan Chocoreo Kakigori (menu penuh boleh tengok website MyKori kat sini ye), tapi Chocoreo tu Oreo habis dan dia mintak nak tukar inti ke brownies. Kitorang setuju aje. Dah tu kitorang tak tahu pula nak pilih yang besar atau mini. Sebabkan first time nak try ni, kitorang ambil yang mango tu besar, yang chocoreo tu mini.



Nah kau, sekali datang yang besar tu memang besar lah kan... yang mini pun takde la mini mana. Lebih kurang je KA nampak. Sampai si dia pun terlopong tengok. 


Food wise, okay dan awal-awal tu kurang manis. Yang tak cerdiknya KA, pergi tuang sos coklat untuk Chocoreo tu habis-habis. Sepatutnya makan dulu sikit dan topup-topup kendian. Baru maintain rasa manis dia. 

Kitorang ingatkan memang rasa dia akan kekal manis-manis buah sampai hujung. Rupa-rupanya kena prank. Bila dah sampai bawah, yang Chocoreo (dah ditukar dengan brownies) tu ada brownies dan salted caramel kat bawah... yang Mango Cheesecake pula ada cheesecake dan halwa manga. Bapak sedapnye!



Overall, not bad la. Kalau sorang makan, better ambil mini punya. Kalau tak jenuh nak habiskan. Bagi KA, kalau tersinggah atau dah ada dekat-dekat boleh la try. Kalau sampai nak mencari tu bagi KA, tak kot. 

Teringat pulak shaved ice sebelah Sidin Cafe di Temerloh. Yang tu wajib repeat. 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال