Simba dan Loki Berebut Snek Kucing


Semalam hajatnya keluar nak cari barang dapur dan barang-barang anak-anak bulus ni macam tofu litter, snek, harness untuk bawak dorang jalan-jalan. Yang lain semua ada, harness dan leash je jadi blurr nak pilih. Banyak kedai yang tak ada stok pulak tu. 

Akhirnya dapat beli tofu litter dan lickable snacks je untuk Simba & Loki. KA ingat ke kucing ada preference sendiri untuk snek. Salah sorang pekedai barang-barang keperluan binatang peliharaan tu cakap snek ni yang penting ada nutrient yang cukup je, sebab kucing jarang tolak lickable snack macam ni. Cumanya, jangan kerap bagi nanti kucing demand. 

Sebabkan kelmarin baru bagi makan snek kat dorang, pagi ni la pulak baru bagi yang baru beli ni. 

Nasib baik, berebut masing-masing menjilat snek Natural Kitty ni. 

Tengah duk plan jadual ni sebab ingat nak spay @ neuture salah seekor dulu dalam masa terdekat. Vet pun belum confirm lagi. 

Anak-anak bulus korang suka snek yang mana? 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال