Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia – Bantuan Tunai RM2,500


Cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022. BKM atau dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia merupakan bantuan tunai kerajaan yang bersasar kepada golongan B40 & M40 khas bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Kini, permohonan untuk bantuan BKM ini telah pun dibuka pada awal tahun 2022.

Syarat Kelayakan BKM

Untuk bantuan kerajaan BKM ini, sila ikuti syarat kelayakan berikut :

1. Isi rumah – Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah.

2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
– Pendapatan isi rumah mestilah bawah RM5,000 ke bawah
– Had umur 60 tahun dan ke atas.

3. Bujang
– Ibu/ Bapa tunggal yang tidak mempunyai anak;
– Umur 21- 59 tahun
– Pendapatan bawah RM2,500 ke bawah

Cara Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

1. Pergi ke pautan berikut :https://bkm.hasil.gov.my/

2. Tekan Permohonan Baharu untuk daftar permohonan baru atau tekan Log Masuk BKM bagi tujuan kemaskini Permohonan.

3. Masukkan MyKad & kata laluan yang telah didaftarkan.

4. Tekan Kemaskini Permohonan.

5. Isi semua maklumat peribadi yang diperlukan.


6. Klik Teruskan setelah selesai.

7. Isi Kod Captcha pada menu Pengesahan.


8. Sila Tick pada butang Perakuan Pemohon.

9. Klik butang Hantar.

10. Jika ingin membuat cetakan, pemohon boleh klik butang Cetak.

Mudah sahaja kan? Semoga permohonan anda diterima.

Tarikh Permohonan

Kerajaan telah tetapkan tempoh permohonan & kemaskini maklumat BKM bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

FAQ & Soalan Lazim

Perlu ke saya buat permohonan baru BKM?

Permohonan baru perlu dibuat jika maklumat pemohon tiada dalam rekod pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala penerima sedai ada yang ada sebarang perubahan maklumat hanya perlu buat kemaskini.

Bilakah tarikh pembayaran BKM akan dibuat?

Pembayaran akan dilakukan sebanyak 4 kali setahun. Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah kaedah pembayaran BKM?

Pembayaran akan dilakukan sama seperti kaedah pembayaran BPR 2021 dan BKC sebelum ini.

Maklumat lanjut sila layari FAQ kerajaan di sini.



Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال