Ahli Baru Keluarga Kami

 






Assalamualaikum.

Sebenanrnya keluarga kitorang dah lama plan nak ada haiwan belaan atau akuarium kat rumah. Tapi asyik ditangguhkan sebab ... tiada sebab. 

Baru-baru ni ada seekor kucing Domestic Long Hair (DLH) singgah. tanya dalam group kejiranan, tak ada yang mengaku. Jadi kami putuskan si kucing oren tu akan kami jaga. Malangnya selang dua tiga hari ada jiran yang mengaku. Sedih.

Lepas dah bagi balik kucing tu, Khayla selalu tanya bila kucing tu nak datang balik. Aduhai....

KA pun mulalah mencari kot ada orang yang nak bagi adopt kucing jenis dan warna sama. Malangnya berminggu cari, tapi tak jumpa. Yang jumpa pun letak harga tinggi. 

Tapi semalam lepas selesai zohor dekat pejabat, KA buka aplikasi PetFinder. Alhamdulillah ada seorang brother berbangsa Tiong Hwa, Patrick dekat area Ara Damansara tengah cari pet parrent untuk dua DLH miliknya. Satu oren dan satu kelabu. KA terus whatsapp dan memang available. Apalagi, KA terus set date untuk Ahad ni nak pergi ambil.

Rezeki tak salah alamat. Patrick sudi melepaskan dua anak bulus ni beserta semua keperluan mereka dengan percuma. Kecil tapak tangan, nyiru KA tadahkan. 



InsyaAllah, Ahad ni bertambahlah ahli keluarga kami. Moga murah rezeki kita sentiasa.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال