Melawat Sekinchan dan Pantai Redang

Assalamualaikum.
Dengar sahaja pengumuman kelonggaran merentas negeri diberikan, hati melonjak kegirangan... tak sabar nak balik kampung. Apakan daya minggu pertama selepas pengumuman dibuat, kami laki bini tak dapat cuti panjang. 

Namun cuti sehari yang diberikan, cukup untuk kami keluar dari sarang burung layang-layang kami. Kami panjangkan langkah ke Kuala Selangor... Sekinchan lebih tepat untuk menghela nafas sedikit lebih panjang. 


















Kami menginap di Villa Chee, penginapan santai gaya kabin kontena. Ringkas tapi semuanya cukup. Selepas check-in, buka sliding door menghadap ke sawah padi... mata rasa segar, jiwa rasa tenang melihat keindahan sawah. Dengan cuaca yang cukup baik. Hilang segala lelah kaedahnya. 

Petang tu sempat kami mandi kolam renang di perkarangan Villa Chee dan menelusuri denai di tepi petak-petak sawah dengan skuter sewaan. Indah dan mengubat jiwa. 

Malamnya kami ke Abah Ikan Bakar untuk mengisi perut. Walaupun tiada gambar, kedai yang ringkas bukan penghalang untuk menyediakan juadah segar dan lazat. Licin, sudah tentu. 

Kami singgah cuma semalaman sahaja. Puas? Memang tidak puas. Akan kami ulang insyaAllah. 

Sebelum bergerak pulang ke rumah keesokannya, kami sempat singgah ke Pantai Redang. Sebuah pantai nelayan yang kebanyakannya dihuni bangsa Tiong Hwa. Wallahualam etniknya kerana tiada kesempatan bertanya. Yang KA tahu pantai ini punya tarikan tersendiri dengan rumah pokok dan kuil Buddha yang tersergam indah. 

Persatuan nelayan di sini pastinya punya ikatan yang teguh dan kesefahaman yang tinggi untuk membolehkan mereka membangunkan pinggir pantai yang indah ini. 

Kuala Selangor, salah satu tempat yang pasti KA akan kembali dalam masa terdekat. 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال