Jeram Mengaji & Pantai Nusuk; Kunjungan Sekejap

Assalamualaikum. 

Dah agak lama tak menulis penulisan sendiri kat sini. Asyik copy paste artikel yang menjadi rujukan dari laman sesawang lain dan socmed sahaja... hinggakan adsense disapproved placement-nya di blog KA ni. 

Sedar tak sedar dah kurang lebih dua tahun kita bergelumang dengan virus Covid-19. Naik turun kehidupan dan semangat usah diucaplah. Suatu tempoh yang sadis dan melemaskan bagi semua orang. 

Alhamdulillah juga baru-baru ni kita semua diberi kelonggaran untuk merentas negeri. KA dan keluarga juga turut tidak melepaskan peluang pulang ke kampung halaman.


Meloncat hati bukan kepalang dapat berjumpa mak ayah dan sanak saudara. Melawat pusara adik. Berkunjung ke tempat indah di negeri tanah tumpah darah sendiri. 

Salah satu tempat yang semakin tular kebelakangan ini dikalangan warga Kelantan, tentunya Jeram Mengaji di dalam Jajahan Pasir Puteh. Tempat yang indah, jeramnya juga indah dan ada padang ragut lembu tenusu persis Kundasang, Negeri di Bawah Bayu. 

Sempat juga kami berkunjung ke Pantai Nusuk (Sorok) di kawasan Sabak, Parlimen Pengkalan Chepa. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, KA agak terkejut. Makin banyak tempat tarikan pelancong yang berpotensi, dibangunkan dan sedang ditambah baik. Apa mungkin Kelantan kembali menjadi destinasi pelancongan wajib sedikit masa nanti? 

KA harap kerajaan negeri komited merintis dan membangunkan destinasi-destinasi pelancongan ini dan yang lain-lain juga disamping mengekalkan kelestarian alam. 


Notakaki: Sejujurnya KA masih agak kecewa dengan sikap pengunjung yang tak reti-reti nak buang sampah dengan betul. Sedih. 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال