Bahana SocMed

SocMed.

Serupa dadah
Serupa gula
Serupa kendara

Serupa serba maknika ciptaan yang asalnya untuk kesenangan bersama. Kalau kita ambil dari sudut negatif... dadah yang asalnya mengubati bertukar menjadi bahan pembinasa. Gula yang asalnya menambahkan nikmat menjadi racun berbisa.
Kendara yang asalnya memudahkan pergerakan ke sini sana kerap mengorbankan jiwa.

Apatah lagi SocMed. Menjadi wadah perseteruan antara manusia. SocMed jika digunapakai secara positif, mengeratkan hubungan manusia. Merapatkan sesama ahli keluarga. Membantu membentuk negara. Membuatkan suami isteri bahagia.

Mana taknya, pulang dari seharian bekerja. Terhidang tomyam santan atas meja. Tiru resepi dari SocMed katanya. Memang sedap tak terkata.

KA: Cilok dari FB post KA. Sesekali puji bini open. Apa salahnya. Harapnya balik nanti ada lagilah!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال