Bahagia Kita Yang Rasa, Duka Begitu Juga

Mustahil jika dikatakan dua orang berbeza dapat menyelami setepat rasa yang sama. Ibu anak, adik abang, suami isteri mahupun kawan kawan. Dua jiwa berlainan mungkin dapat menyelami rasa yang sama namun jauh sekali merasa setepatnya.

Teman di dunia maya apatah lagi. Mereka sekadar tumpang merasa apa yang kita pilih untuk kongsi. Adapun hanya kebiasaannya rasa gembira yang dikongsi. Bahagia yang dikongsi agar teman maya sentiasa bersangka baik. Kisah susah, duka kita sematkan erat di dalam jiwa. Terkadang sehingga orang yang paling hampir pun tidak dapat membacanya.

Puji bagi Pencipta. Puji bagi yang Esa. Nikmat yang dikurnia mustahil dapat dikira.

Bahagia dengan kerja, bahagia dengan keluarga, bahagia dengan cahaya mata, bahagia dengan apa yang ada semasa. Namun tidak pernah lupa usaha.

Seorang lelaki jiwanya cepat mematah mengenangkan isteri dan anak tercinta. Yang lemah cepat kuat, yang hilang cepat kembali apabila wajah isteri dan anak bermain di minda. Wajah isteri yang turut sama berjuang, wajah anak yang membesar di depan mata. Mereka pemangkin untuk sang bapa terus usaha.

Dalam usaha kadang terkesima betapa anak cepat membesar. Mohon doa supaya cekal sentiasa.

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Amin...insan-insan kesayangan inilah motivasi yang paling hampir sebenarnya..

    BalasPadam
  2. Betul tu PC. Terima kasih sudi singgah lagi di blog saya yang kerap bersawang ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال