Kenapa Perlu Ambil Cuti Sakit Jika Selsema


kredit gambar: Healthline
Peringatan jika anda dijangkiti selsema. Melainkan anda terpaksa menyelesaikan masalah yang terlalu penting di tempat kerja, sila BERCUTI! Ya, kita tahu anda semua rajin. Namun perbuatan membawa selsema bersama ke tempat kerja amatlah mementingkan diri-sendiri.

Kenapa saya cakap macam ni? Ini kerana berdasarkan kajian, selsema sangat berjangkit pada hari pertama sebelum pesakit menunjukkan simptom-simptom yang selsema telah menyerang. Begitu juga dalam 5 hingga 7 hari selepas terkena serangan selsema. 

Jika kehadiran anda ke tempat kerja memang tak dapat dielakkan, sila hadkan pergaulan anda. Jika perlu, pakailah topeng klinikal. Kalau bersin, sila-silalah hala wajah anda yang cantik dan tampan tu ke tempat lain. Sebarkan kebaikan, usah sebar kuman. 

Kada-kadang kita fikir masalah selsema ni tak besar mana pun. Tahukah kita yang orang orang sekeliling kita tu barangkali ada menjaga anak kecil di rumah mereka. Mungkin ada adik atau anak yang masih bayi. Bayi-bayi dan kanak-kanak mudah terkena sereangan penyakit macam selsema ni sebab imunisasi mereka sangat kurang lagi pada tahap ni. 

Tak dapat bayangkan ibu bapa yang mengelak daripada anak mereka dikenakan vaksin. Kesian anak-anak yang menjadi mangsa keangkuhan ibu bapa ni.

Diharapkan, kita semua sedar betapa pentingnya mengehadkan hubungan dengan orang lain sepanjang terkena selsema ni. 

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال