Apakah Definisi Kejayaan Anda?

Takrifan kejayaan anda adalah milik anda, hak eksklusif anda dan bukan bergantung kepada orang lain. Jadi anda tidak memerlukan kelulusan sesiapa pun dan anda tidak perlu mengubahnya agar sesuai dengan penerimaan orang lain. Tetapi anda perlu tahu apa definisi kejayaan anda supaya anda tahu matlamat anda dan usaha anda untuk menggapainya.

Jika anda menilaikan kejayaan anda cukup sekadar mampu membayar rumah dan bil api air dan itu yang mendorong anda untuk berusaha, tak salah pun.

Ada orang punya impian untuk menjadi pekerja sepenuh masa yang profesional. Ada juga orang yang menanam impian untuk mempunya sebuah kafeteria kecil yang memuatkan sekadar sepuluh meja. Semuanya terpulang kepada individu.

Sebaik sahaja anda menetapkan definisi kejayaan anda, renungkan dengan lebih dalam kenapa anda mendefinisikannya begitu. Semakin dalam anda gali, semakin jelas apa yang anda akan jadi dan harapnya anda lebih bermotivasi untuk menggapainya.

Apa Keghairahan Anda?

Kemahiran dan keghairahan sering Dikelirukan antara satu sama lain, walhal dua perkara ini tak patut disalah ertikan. Kemahiran boleh jadi apa yang anda betul-betul mahir dengannya namun jika tiada keghairahan, anda akan tawar. Jadi, tanya diri anda jika anda berminat dengan apa yang anda lakukan dan jika tidak, apa yang anda sukai. Apa yang menggembirakan anda? Apa yang membuat anda terusan bekerja dan memotivasi anda untuk jalan terus? Cari sebabnya dan buatlah benda yang anda buat secara nekad dan bersungguh-sungguh.

Ada yang mengatakan, meminati sesuatu perkara dan menjadikannya sumber pendapatan akan membuatkan anda tak payah bekerja seumur hidup! Pernah saya tengok dokumentari pasal seorang pelumba motorsikal veteran yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berlumba dan mengumpul segala barang dan memorial motorsikal. Di akhir dokumentari tersebut dia cakap "Jika saya mati, saya akan mati tersenyum. Ini yang saya suka buat dan saya buatnya dengan seluruh jiwa. Bagaimana saya mampu menyesal dengan apa yang saya buat?"

Anda akan merasakan apa yang anda kerjakan lebih terikat secara peribadi dan profesional di tempat di mana bakat dan kemahiran semulajadi turut dipenuhi dengan keghairahan anda. Di situlah tempat di mana anda akan dapati motivasi anda dan dapat mengekalkannya untuk jangka masa panjang.

Cuba Bayangkan Jika Wang Bukan Menjadi Objek Kejayaan Anda. Apa yang Anda Akan Lakukan?

Tak dinafikan memang wang menjadi pemacu agar kita bergerak dan selalunya menjadi tanda aras kejayaan setiap insan. Mungkin bukan pemacu utama, tetapi anda tahu ia benar-benar satu faktor yang membuatkan anda sentiasa bekerja. Yelah, nak makan pun perlu ada duit melainkan anda berada di hutan! Oleh itu, tengok balik kerja yang anda lakukan setiap hari dan tanyakan pada diri sendiri sama ada anda masih akan melakukannya jika wang bukanlah objek. Apa yang akan anda lakukan? Mungkin secara realistiknya adalah, anda tidak akan menjadi pekerja profesional atau superstar, tetapi benar-benar berfikir tentang hala tuju impian anda.

Sekiranya anda tak dapat mengasingkan (dalam pemikiran) anda, anda sentiasa berada dalam mod 'bekerja' sedangkan apa yang anda perlu lakukan adalah benda-benda yang anda suka dan harapnya nanti membuat anda menjadi yang terbaik dalam apa yang anda lakukan. Itulah kejayaan sebenar.

Namun jangan pula menunggu untuk mendapat sesuatu yang kita minat menjadi sumber pendapatan kita. Apa yang kita ada sekarang, ubah ia menjadi suatu minat mendalam kita.

Jadi, bagaimana anda akan berusaha ke arah itu? Bagaimana anda akan mengubah keadaan semasa anda (atau menggunakannya sebagai batu loncatan) untuk mencapai matlamat akhir? Ia mungkin bukan sesuatu yang boleh anda lakukan semalaman, tetapi ia boleh menjadi sebab yang membuat anda bangun pada waktu pagi dan memotivasi anda untuk memberikan semua daya upaya yang anda ada sekarang agar anda boleh mempunyai masa depan yang anda impikan.

6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Adoiii!!! soalan STPM ke nih! hahhaha...
    Anyway selamat hari raya Aidilfitri mohon maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin juga :)

      Padam
  2. Berjaya ialah bila jatuh, boleh bangun kembali dan teruskan perjalanan kehidupan dengan positive dan bersyukur. Orang yang tidak pernah jatuh (belum diuji dengan ujian besar) pula sebenarnya belum capai apa-apa pun. Just be positive dan teruskan usaha ke arah impian yang ingin dikecapi, InsyaaAllah akan berjaya jua jika dikehendaki-Nya.

    Selamat Hari Raya ke-9! X3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Bagi saya, kejayaan sebenar adalah bila kita rasa bahagia seteklah capai.

      Selamat hari raya jugak Plain. :)

      Padam
  3. adakah wang itu adalah tafsiran utk berjaya? saya nak berjaya dlm hidup saya, tp saya tak tahu sama ada wang menjadi matlamat hidup saya! yg pasti bg saya berjaya tak semestinya ukuran dgn wang ringgit! miskin dr wang pun tak apa asal saya blh laksanakan tugas yg diamanahkan... itu tafsiran berjaya bg saya...

    Satu ayat yg saya pegang adalah suarah muhammad ayat 7: jika hayati ayat tersebut insyaaAllah kita tidak tersasar matlamat utama dlm hidup.

    doakan saya ye... sy juga doakan KA berjaya dlm hidup KA

    Salam syawal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. InsyaAllah.. berjaya tak semestinya diukur dari wang ringgit. Kesihatan sempurna, minda tenang tu pun juga petanda kita berjaya.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال