Review: AUKEY PL-WD06 ORA LENS KIT 2 IN 1 CLIP ON WITH 0.45X WIDE ANGLE + 15X MACRO LENS

Sebenarnya kalau tengok dari posting KA pun mesti ramai dah tahu yang KA ni minat sangat seni fotografi. Tak kira pakai DSLR ke, Compact Camera, Kamera Analogue or even kamera telefon. Semua KA minat. Sayangnya minat KA ni setakat mengisi masa lapang je.

Walaupun begitu, KA tetap memasang impian untuk memiliki sebuah mirrorless camera ataupun yang KA duk aim lama dah adalah kamera RICOH compact tu. Sekarang ni memandangkan KA dah ada anak dan KA pun takdek lah ber-wang (bukan beruang) mana, KA hold dulu niat nak beli kamera high end tu. So, buat masa sekarang KA pakai kamera telefon je lah most of the time. Kadang-kadang je pakai DSLR adik dan Yashica MG-1 kesayangan tu.

Biasalah bila dah nama manusia, jarang sangat yang merasa cukup. KA tukar telefon dari ASUS Zenfone 5 ke iPhone SE last year lagi sebab ASUS tu hancur selepas terlibat dengan eksiden sikit. Bila dah syok dengan kamera standard kat telefon ni, KA start dah rasa tak puas. Maka, jenuhlah mencari lens yang boleh masuk yang best dan yang affordable semestinya.

KA pun terjumpa lah dengan Aukey ni. Baca review dari blog photography mostly tak puas. Pasal soften image la apa lah. Bagi KA setakat ni okay je lens ni. So, apa yang KA dapat dalam kotak mesra alam sekitar Aukey ni?

Dalam kotak ada:
AUKEY Mini Macro Lens x1
AUKEY Mini Wide Angle Lens x1, clips x1
lens cloth x1
Travel pouch x1


Product built memang puas hati. Sturdy... kukuh dan padat je rasa sebab body dia dibuat daripada aluminium dan lens memang dari glass bukan plastik. Cuma sayang cover lens ada dua je. Satu belakang yang sama saiz dengan macro lens dan depan ada cover untuk wide lens. Yang lain bagi KA ngam dah. Senang nak bawak ke mana-mana.

Macam mana pulak hasil gambar?

Untuk wide lens,KA tak ada banyak comparison kecuali untuk dua gambar bawah ni. Gambar ni memang KA ambil dari sudut sama dan jarak sama.

Dari segi apa yang orang cakap gambar jadi soft tu, KA rasa kalau bukak dekat skrin besar or print dalam saiz besar baru nampak kot.

Bawah ni pulak contoh bila pakai macro lens. Semua gambar yang KA ambil ni memang straight dari kamera tanpa sebarang edit.


Tang harga pulak, RM149 sekali postage KA rasa sangat berbaloi. Kalau nak compare dengan lens dari Moments memang tak dapat la. Dah lain kelas dah tu. Bagi yang tahu range harga accessories macam ni mesti setuju dengan KA kan?

Overall, KA suka lens Aukey ni. Korang pulak apa yang lens mobile yang korang suka?

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال