Masihkah Ada Harapan

Hmmmm....haih~

Maaflah KA memulakan artikel dengan mengeluh. Kebelakangan ni sangat banyak issue yang terjadi dalam hidup KA personally dan professionally.

Kat tempat kerja KA masih ada issue berkenaan peralihan jawatan KA. A bit in the grey area dan memang sangat demotivated. Ye lah kan di masa kampeni lain tengah rancak lay off staffs, kalau kita duk dalam grey area ni memang sangat rasa tak senang duduk. Gelisah mengalahkan ayam betina mengeram.

Dipendekkan cerita, KA putuskan untuk push HOD KA dan berbincang dengan HR. Tapi flow tak berapa lancar. So, KA dengan HOD ada perselisihan faham sikit sampai melibatkan Datin dan Dato' VP. Segan pulak sebenarnya.

Sekarang alhamdulillah semua makin pulih kepada asal. KA harap masing-masing tak simpan dalam hati. Malas KA nak fikir cari kerja lain ni. Banyak benda lagi KA boleh belajar kat tempat kerja sekarang.

Gitu lah adat makan gaji kan dan betul la ada satu quote yang KA pernah baca;

"Gaduh dengan kawan, walaupun kita betul... kita hilang kawan. Gaduh dengan pelanggan, walaupun kita betul... kita hilang pelanggan. Gaduh dengan boss, walaupun kita betul... nasib baik KA tak hilang lagi kerja! :P"

Berkenaan personal life KA pulak, si Khayla dah makin cerdik. Pengasuh pulak dah tak nak ambik shift. So, KA kena adjust la dua tiga benda nak bagi okay dengan schedule hantar anak. Maklumlah, wife KA misi... kerja nya shift. KA pulak buat part time pasang vending machine. Alhamdulillah, sikit sebanyak (banyak jugak actually) vending machine punya pendapatan membantu time hujung-hujung bulan.

Dua tiga minggu kebelakangan ni pulak kami sekelamin rancak mencari rumah low cost untuk dibeli. Selepas mendengar nasih orang tua dan kawan-kawan yang arif, kami nekad untuk beli rumah sendiri. Biarlah kecil, janji bayar bulan-bulan untuk rumah sendiri. Nak tebuk ke nak timbus ke memang rumah sendiri. Doakan ye agar mudah urusan kami sekeluarga.

KA nak ingatkan kepada adik-adik yang dah ada cukup simpanan atleast sepuluh peratus daripada harga rumah, beli je terus rumah. Nak nak tahun ni ramai yang jual bawah market price. Sayang kalau tak beli rumah sekarang. Lagi sayang kalau beli kereta mahal dulu. Bukan apa, kalau kereta sampai 650 ke 800 sebulan, dah lepas dah bayar rumah low ke medium cost sebulan tau.

Bagi KA, beli rumah ni memang komitmen yang wajar didahulukan. Sebab nanti kalau dah banyak komitmen lain, susah dik nak up buat loan rumah! Menyesal...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال