Hidup Yang Singkat

Allohurobbi...

Terkejut betul KA hari ni. Abang Abu call dengan nada yang cemas pagi tadi.

"Si, aku call ko banyak kali ko tak angkat."

"Nape bang, saya tak sedar terlelap lepas subuh tadi."

"Shawqie dah takde si, semalam batuk-batuk pastu parent dia bawak gi emergency. Pukul satu lebih macam tu takde."

Dupp! Terus meremang bulu roma KA. Semua kenangan masa Shawqie ada dulu terus menerpa.

Shawqie dengan Abang Abu walaupun jarak umurnya macam ayah dan anak, tapi hubungan macam abang dengan adik. Perli memerli, bahan-membahan. Memang 'maskot' department kitorang dua ni tambah lagi si Mail dengan Izzat. Ada je yang nak diriuhkan.

Pada umur 27 qi kau pergi.

Tak sangka betul KA. KA tahu dia sakit teruk sejak bulan April tahun lepas. Tapi baru-baru ni Wanie, kawan baik kitorang cakap dia dah sihat sebab boleh lepak-lepak. KA pulak jarang dah contact dia lepas dia berhenti dari UZMA. Rupanya dia sorok kesakitan dia.

Pakat-pakatlah doakan roh dia dicucuri rahmat dan diampuni dari segala kesilapan dan dosa lalu. Dia ni kalau nak tahu, walaupun tak ngam sangat tapi ada satu kali tu KA dah sempit sangat mintak tolong ngan dia. Dia tolong tak banyak cakap.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uunn.

1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Innalillahi wa inna ilaihi roji'uunn.

    Tak silap arwah ni pun ex-procure juga kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال