Sibuk; Tu Je Alasannya

​Pertama sekali, KA ingin mengucapkan kedamaian untuk semua. Ta​​k terungkap dengan kata-kata how hectic hidup KA tahun ni. Memang betul bila dikatakan rezeki melimpah ruah selepas kahwin. Banyak faktor yang menyumbang kepada bercurah-curah rezeki dalam hidup orang yang berkahwin. Sebab tu tak rugi bagi mereka yang memulakan hidup berkeluarga seawal mungkin.

Namun bukan itu yang KA nak cerita secara langsung dalam posting kali ini. KA cuma nak bagitau kalau dah rezeki nya mencurah, kesibukan menguruskan punca rezeki juga meningkat. Yup! Berkadar positif!


Bagi kawan-kawan yang tak kenal KA lagi... KA ni bukannya orang senang. So, di samping kerja 8 to 5 tu KA banyak jugak la join dropship sana-sini. Ambik upah itu ini. Join aktiviti ofis dan macam-macam lagi tahun ni. Dulu masa bujang, selesai je event ke program ke travel ke memang KA terus share kat sini.

Sekarang, lepas si kecik tu hadir dalam hidup kitorang. Memang habis je kerja or program, terus melayan si kecik. Ibunya manja, anaknya pon manja. Anaknya nangis mintak susu, ibunya merengek mintak pancake la, coklat la memalam. So, pendek kata sebenarnya KA ada dua orang budak kecik yang manja kat rumah ni.

*****************************************************************************

Baki tahun 2016 ni tinggal dah tak banyak. Harapnya KA sempat la post satu entri lagi sebagai penutup 2016 yang penuh kegembiraan dan membuka tirai 2017 dengan penuh harapan.

Hajatnya nak share mana-mana memori yang dah terlepas nak share. Sempat ke? Hoping... bagi bloggers yang dah share memori 2016, tinggalkan link korang ye. Tak sabar KA nak baca entri kesayangan-kesayangan KA ni.

11 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. alhamdulillah rajin KA. Moga di murahkan rezeki selalu. Kita pun buat gak bisnes tepi2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. saya doakan akak dimurahkan rezeki selalu jugak. :)

      Padam
  2. smg KA dimurahkan rezeki... InsyaaAllah org yang berusaha tentu akan berjaya... bby memg memeriahkan keluarga...

    BalasPadam
  3. Bertuahnya kedua-dua insan yang mendapat perhatian yang penuh dari KA.

    Anyway, terima kasih singgah di blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. KA lagi bertuah sebenarnya sebab adanya dua orang manja tu.

      Padam
  4. semoga dipermudahkan segala urusan KA...saya juga pernah mengalami kesibukan selepas mendapat cahaya mata....


    semog akembali menulis KA

    BalasPadam
  5. semoga dimurahkan rezeki selalu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ... semoga dimurahkan dengan lebih lagi rezeki :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Gembira membaca👆rezeki yang melimpah tu.. Syukurlah, kalau kita rajin berusaha, Allah akan buka pintu rezeki pada kita. Comelnye Khamsi Junior👆 congrats😆😇

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال