Kita Mungkin Di Tahap Ini


YUP! Kita mungkin hanya berada di separuh atau mungkin kurang dari separuh puncak gunung cita-cita kita.

Jadi... kita harus ingat untuk kita sampai di tahap ini sudah berapa banyak bantuan yang kita terima. Atau kita yakin itu semua atas usaha kita sendiri?

Ingat jasa orang yang menyuapi kita saat kita dahaga, memimpin kita saat kita jatuh, menenangkan kita saat kita gusar. Ada antara mereka sanggup berkongsi mengangkat bebanan disepanjang pendakian kita.

Dalam kita memandang dan cuba menggapai mereka yang sudah berada di puncak. Jangan pula kita melupakan mereka kerana belum tentu kita berkongsi tempat di puncak sana. Mungkin sahaja kita jatuh. Teka siapa yang akan kita jumpa sepanjang perjalanan turun?

Jangan biarkan diri kita seolah peribahasa. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Fikirkan.

*dipetik daripada FB personal KA. Khamsi Abdullah

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. setuju. terima kasih atas nasihat....dalam kejayaan kita mesti ada yang sentiasa menyokong di belakang. bila berjaya jangna lupa diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... especially mak ayah dan kawan rapat. Mereka bukan mengharapkan wang ringgit kita pun.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال