Sayang... Ayah Ibu Dah Mula Rindu

Alhamdulillah.

Last two weeks kami suami isteri dapat jugak buat 4D scan dekat Klinik Dr. Arisah dekat area Subang Bestari ni. Kalau nak cari, taip je kat Google Maps camtu. Dia kat Jalan Nova lepas Petronas.

Sebenarnya kami berdebar jugak nak cek ni. Lebih-lebih lagi tang nak tahu jantina baby tu. Ibu Ayah mana yang tak nervous kan? Masa nama wife dipanggil, terus rasa excited. Tapi, bila doktor dah start check tu, baby malu-malu. Asyik tutup muka dengan tangan je. Kalau tak tutup muka dengan tangan pon, dia rapatkan muka kat uri. Geram betul!

Last-last Dr. Arisah cakap gi minum dan makan benda-benda masam dulu bagi baby aktif sikit. KA pergi lah belikan air Ribena dalam plastik tu. Nak beli jus, takde jus oren ke yang hyper masam ke kat situ. Tawakkal je la kan.

Lepas duduk-duduk kejap kat tempat menunggu tu, nama wife dipanggil lagi. Kali ni baby dah tak malu dah. Doktor usik-usik sikit bagi posisi dia jelas.

Haa..kan dah nampak muka saya.
 Dr Arisah cakap, alhamdulillah la takda apa-apa yang tak okay. Pemalu dan garang je sikit... sebab suka sorokkan muka dan berkerut-kerut marah bila doktor usik-usik dia.

Tu yang KA malas nak buat 4D scan tu, kan dah rindu. Semoga anak ayah dan ibu sihat dan dirahmati sentiasa. Doakan kami ye.

4 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. SubhanAllah... Terharu saya tengok :-) cantiknya ciptaan Allah

    BalasPadam
  2. SALAM HI, NAK TANYA SCAN 4D DEKAT KLINIK DR ARISAH BERAPA RM YEA? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. X sure la sekarang tapi boleh call tanya. Google je klinik dr arisah jalan nova.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال