[Advert] Menjana RM7k Sebulan Dengan Hanya Menjual Air Sahaja!

Assalammualaikum  & salam hormat buat anda... seorang usahawan atau  bakal usahawan!

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelang tiba! Selepas itu, di ikuti pula dengan bulan Syawal! Bulan Hari Raya!

Sudah pastinya... apabila tiba musim hari raya.. nak tak nak.. perbelanjaan keluarga akan bertambah! Baju raya anak-anak, kuih raya,  duit raya nak bagi pada ibu-bapa serta anak-anak buah, kos minyak & tol nak balik kampung lagi. Pendek kata.. memang banyak nak kena pakai duit!

Jadi.. satu soalan yang akan sering muncul di kepala anda... Mana nak cekau duit?

Usah binbang! Izinkan saya mencadangkan kepada anda satu bisnes yang agak mudah dilakukan, bermodal kecil namun mampu memberikan pulangan serta keuntungan yang lumayan.

Iaitu... Bisnes Menjual Air! Atau lebih dikenali sebagai.... Bisnes Air Balang!
Untung Ke Jual Air?.


Izinkan saya menceritakan seba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!

Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.

Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Ya! 3 balang air sahaja!

Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!

Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%

 Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni! 
Senang Ke Nak Buat?

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula..

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!

Jadi!..

Macam mana nak tarik pelanggan?
Macam mana nak buat air yang sedap?
Macam mana nak jimatkan kos?
Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!


Apa yang ada di dalam E-BOOK ini?

BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR

Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

Dan banyak bab lagi yang ada. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat gambar bawah ni untuk baca.



nota: "saya" merujuk kepada penulis ebook.

6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Balasan
    1. banyak benda sebenarnya boleh dibuat untuk memulakan perniagaan kan PC

      Padam
  2. ilmu berniaga di bulan puasa.. tak sampai sebulan lg..

    BalasPadam
  3. Teringat pula sy pnah berniaga air dgn rakan2... Mmg berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Modal kecik je sebenarnya... untung besar.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال