6 Tips Menjadi Lebih Teratur

Pernah tak korang rasa macam banyak sangat benda nak dibuat dalam satu-satu masa tu. Kadang-kadang sampai membuatkan kita termenung sebab tak tahu mana satu nak sentuh!

Itu sebenarnya normal apabila kita keep on lost track sebab kita tak dapat nak arrange apa yang kita perlu buat pada satu-satu masa. So, macam mana kita nak jadi lebih organised?

Gambar hiasan: Warung cendol dan laksa area Subang Bestari
1. Belajar untuk berkata "TIDAK"

Memang sentiasa macam tu. Kita punya sedikit saja masa dan baaaaanyak sangat benda untuk dibuat. Why? Sebab kita sendiri yang sanggup untuk buat semua benda tu once! Yup, kita set dah dalam kepala kita... "Ah, benda ni penting, kena buat sekarang!". Kadang-kadang tu kita rasa kita nak sangat buat benda tu padahal kita ada benda yang lagi penting yang 'perlu' dibuat berbanding apa yang kita 'nak' buat. So, just say 'NO' once in a while perlu.

2. Buat satu kerja satu masa.

Ingat, multi-tasking bukan bererti kita multi-purpose dan bukan jugak bererti yang kita multi-tasking sekaligus pada satu masa. In fact, percaya atau taknak, multi-tasking bukannya membuat kita sangat efektif seperti yang selalu digembar-gemburkan. Pendek kata, fokus. Kalau banyak benda nak buat sekaligus, macam mana nak fokus.

3. Permudahkan hidup kita.

Tak usah pening-pening nak fikirkan benda yang tak penting dalam hidup. Let say kita punya passion. Macam KA, KA minat sangat melukis. Tapi KA tak ada masa. KA minat sangat ambil gambar, tapi KA tak ada masa. Sebab apa? Sebab KA ada kerja yang memerlukan perhatian KA seratus-peratus untuk KA menampung hidup KA dan orang yang KA care about. So, mana lagi penting? Yang tak perlu, tinggalkan je. Easier said than done though... tapi kena lah terai dik!

4. Tak perlu terlalu tegas dengan diri sendiri.

Sebagai manusia normal, kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. In fact, kesilapan lah yang buat kita makin kuat dan makin bijak. Kita selalu dengar pepatah 'What doesn't kill me, make me stronger'. So, kalau kita buat kesilapan di dalam perancangan, usahlah terus kecewa macam dah tak ada esok. Sebaliknya, keep trying and improving along the way.

5. Leceh tapi berguna; Jaga susun atur persekitaran kita.

Haa... simple dan logik akal. Persekitaran yang teratur membantu kita turut sama teratur. Jika kita ada ruang bekerja, kalau tak reti sangat nak hias or tak gemar bunga-bunga, mulakan dengan susun mengikut kepentingan. Yang paling penting dan selalu guna, make sure senang nak capai. Even tempat tidur pun bagi efek sama. Make sure tempat tidur kemas waktu pagi supaya senang kita nak lelapkan mata waktu malam.

6. Ini yang selalu orang guna awal-awal sahaja; Kalendar @ Planner @ Organiser

Bukan apa, kadang-kadang tu kita tengok planner macam cantik je dan kita pun terus beli. Sebenarnya, kita kena cari planner atau organiser yang senang dibawa, senang untuk kita buka dan catat dan yang penting yang membuatkan kita suka untuk buka selalu. Desktop organiser contohnya. Yang tu pun senang nak guna kalau korang kerjanya kat atas meja.

sumber: https://www.collinsdebden.com.au
Point akhir ni sebenarnya sangat berguna kalau kita nak improve dalam menyusun atur seharian kita.

3 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. hai salam singgah dari adaubiadabatas.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tip yang baik, hemmm keladi ni serabut selalu, perlu ada jadual kan...hhuhuhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال