Keju Lagi

​KA nak share sket kegilaan baru kitorang suami isteri. Kek coklat dengan topping cream cheese dan keju parut. Senang, mudah dan sedap yang amat.



Bahan-bahan untuk dikacau atas api perlahan sampai sebati. Nak tahu sebati ke tak, adunan dia jadi licin berkilat:
1cawan coklat masakan (KA suka Van Houten)
1cawan gula
1cawan susu cair atau air (Lagi sedap letak susu cair…lebih berkrim)
1cawan susu pekat
1cawan minyak

Sementara tengah kacau bahan atas tu sampai sebati,
Pukul @ mix 3 biji telur sampai gebu

Masukkan bahan-bahan kat bawah ni pelan-pelan. Ingat, ayak dulu ye takut berketul.

Gandum 1 ¹/
1sudu teh baking
1 sudu teh soda

Lepas dah sebati tu, masukkan bahan yang kita cairkan kat atas dapur tadi pelan-pelan sambal mixer tu berputar slow. Then, baru boleh masukkan ke dalam Loyang @ bekas kek @ bekas mana2 je yang tahan haba kukusan. Satu adunan ni kalau letak dalam satu bekas besar, kukus dalam 45 minit ke satu jam. Kalau dah dibahagikan ke dalam bekas-bekas kecil, setengah jam pun dah okay dah.

Nak tahu masak ke tak, macam biasa…cucuk garfu sampai dalam-dalam. Kalau tak melekat sangat, masak dah tu.

Lepas dah masak, keluarkan kek dari kukusan then biarkan sejuk sebelum curah adunan cheese. Well, sementara tunggu kek masak korang dah boleh start kacau adunan topping.

Kat bawah ni ada dua resepi topping. Satu cream cheese, satu lagi chocolate sauce.

Topping Chocolate
¹/² cawan coklat
1cawan susu cair
1cawan susu pekat
1sudu makan minyak
*** kacau atas api perlahan sampai pekat pastu curahkan atas kek.

Topping cream cheese
Setengah tin susu pekat
Whipping cream (Brand Paul sedap gak)
250g Cream Cheese. (Brand Philadelphia @ Tatura)
***pukul sampai sebati then curah atas kek.

Lepas tu parut la parmesan ke mozzarella ke, ikut suka korang lah nok yang mana korang minat. Tak pun campur dengan chocolate rice.  Selesai. Masuk peti then sedia untuk di mentekedarah.

9 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. wah sedap ni..terima kasih berkongsi ya..alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. fuhh tengok gambar pun dah tau sedap hihihi

    BalasPadam
  3. Buat bisnes jual kek pulak KA ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadang nye macam tu... cadang je la yang tinggal. hehe

      Padam
  4. Buat bisnes jual kek pulak KA ;)

    BalasPadam
  5. Ayoooo hebatnya.....pandai buat kek rupanya. Mesti selalu tolong isterikan..
    Pagi pagi dah kecur air liur nampaknya weyh tgk kek coklat ni.

    BalasPadam
  6. Mmm... Menarik... Boleh cuba resepi nie...

    BalasPadam
  7. pandainya KA buat kek... jeles la... hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال