Coklat | Adakah Ia Makanan Yang Menyihatkan?

Untuk orang macam KA, gilakan coklat bukan sahaja sebab ia memberikan kita rasa yang sangat sedap, bittersweet tu, malah coklat dapat memberikan kita banyak benda lain lagi. So, kalau korang sukakan coklat, baca artikel ni dan korang akan tahu apa yang korang akan dapat daripada coklat dan bagaimana caranya untuk kita dapat mengambil faedah daripada coklat.


Apa yang coklat ada?

Coklat sangat kaya dengan antioksida. Biji koko, bahan utama yang terkandung di dalamnya mengandungi lebih daripada 600 daripada bahan kimia tumbuhan termasuk antioksida. Antioksida ni dapat membantu badan kita menyingkirkan bahan asing yang dapat merosakkan badan.

Secara spesifiknya, flavonoid yang terdapat di dalam coklat dapat membantu mencegah penyakit berkaitan jantung dengan menambah kolestrol baik dan membantu mengurangkan tekanan darah.

Coklat juga membantu memberi kita endorfin ekstra. Rembesan endorfin membantu kita untuk lebih gembira. Korang boleh google untuk mengetahui lebih lanjut tentang endorfin.

Jadi, adakah semua jenis coklat bagus untuk badan kita?

Malangnya, tak semua coklat bagus untuk badan kita. Ini kerana, biji koko sebenarnya yang bagus untuk badan kita. Makin tinggi kandungan koko dalam produk coklat itu, makin bagus untuk badan kita. Kalau korang suka makan coklat susu atau dairy milk chocolate, benda ni sebenarnya banyak lemak berbanding kandungan koko. Kalau coklat putih, lagi lah. Tak ada kandungan koko.

So, coklat ni bagus ke tak sebenarnya?

Memandangkan koko mengandungi gula, lemak tepu dan kefein, coklat sebenarnya bukanlah sumber diet sihat yang terbaik. Tetapi untuk korang termasuk KA yang sukakan coklat, ada cara untuk kita jadikan coklat tu sebahagian daripada diet yang bagus.

- Makan dengan jumlah yang sedikit dalam sehari. Makan sebanyak 40-45g coklat dalam sehari adalah amaun yang optimum untuk mendapat kesan yang baik untuk badan kita. Namun, jika korang mengambil berat pengambilan lemak dan tenaga, 25g sudah memadai.

- Makan coklat dengan perlahan dan nikmati rasa dia kat dalam mulut.  Sebenarnya cara ni lebih memuaskan dan secara tak langsung dapat mengelakkan kita mengambil terlampau banyak.

Pendek kata, kalau kita makan mengikut piramid pemakanan yang betul insyaAllah kita akan dapat cukup flavonoid di dalam buah-buahan, sayuran, bijirin dan kacang. Kalau korang nak tahu, senaman juga dapat membantu badan kita merembeskan endorfin atau KA panggil dengan nama 'jus bahagia'.

sumber: http://www.sanitarium.co.nz/

7 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. sobs... sy kalau mkn coklat mmg tk nk berhenti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. tukarlah kepada dark chocolate instead of milk chocolate.

      Padam
  2. Makan sikit-sikit jer... seketul besar tu boleh simpan seminggu ;-)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Yup.. nak makan banyak sikit kena ambik dark chocolate r. hehe

      Padam
  4. Salam , coklat ni bagus untuk jantung tapi jika diamabil dengan kadar yang cukup la

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال