Ada Sisi Bahagia Bagi Segalanya

Kebelakangan ini kita sudah maklum tentang kemelesetan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar. Itu belum kita ambil kira harga minyak mentah yang turun banyak, naik sikit. Retrenchment, VSS dan sebagainya makin kerap kita dengar dah sekarang ni terutama bagi pelopor industri minyak dan gas di dalam mahupun di luar negara.

Syarikat yang KA sedang bekerja (semoga KA membina kerjaya di sini insyaAllah) sudah tiga tahun ini pun dapat tempias sama.


Hari ini kitorang ada townhall. Dato' Kamarul ada tunjuk la performance company semua tu. As expected banyak yang tak best sebab perbezaan tukaran wang asing a.k.a. forex. Ye lah, kontrak dalam RM, bayar vendor dan supplier dalam USD. Ko rasa?

Tapi alhamdulillah, setakat ni pemain-pemain besar dalam industri ni banyak yang dah cut cost gila-gila dan buang banyak staff. Untuk Uzmarians, kami bersyukur sangat sebab kami masih ada kerja. Semua macam dah tak kisah sangat dah ada bonus ke incriment ke, yang penting dapur masih berasap.

Yang paling buat kitorang terharu, Dato' cakap untuk mengurangkan efek kejatuhan nilai minyak mentah ni, sallary cut sedang dilaksanakan daripada top to bottom. Maksudnya, dia yang kena dulu. So, sekarang ni Dato' dan barisan VP lain sudahpun mengorbankan gaji dorang demi staff. Dan dia harap, kami semua doa banyak-banyak biar ekonomi kembali pulih seperti sediakala sebab dia taknak benda tu merebak sampai kena kat staff.

Mungkin rezeki masih berpihak kepada syarikat bumiputera ini. Walaupun dikategorikan antara yang termuda berbanding gergasi OnG lain, namun para 'elders' UZMA komited memastikan kami semua dapat cari makan lagi. Berkat usaha dorang dan keseluruhan UZMARIANS serta kuasa Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Alhamdulillah... kami masih punya punca. Terima kasih daripada kami buat barisan top management khususnya dan semua staff amnya.

1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Alhamdulillah...bila perit jerih staff dikongsi oleh pihak atasan itu sangat baik...syukur...sikit syukuri pasti Allah gandakan kelak...amin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال