5 Langkah Mudah Untuk Gaya Hidup Sihat Bagi Orang Sibuk

Bila sebut gaya hidup sihat untuk orang bekerjaya yang super busy, mesti rasa cramp je kepala. Bukan apa, kalau dah busy kita susah nak memikirkan bila masa kita nak eksesais kan? Sebenarnya gaya hidup sihat tak semestinya bermula dengan senaman yang kita tahu tu semata-mata.


Kalau macam tu, apa yang kita nak buat untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat kalau kita sibuk je manjang? Kat sini KA nak kongsikan cara yang sebahagiannya KA pernah buat, buat dan KA baca.

Terus melakukan stretching saat kita bangun tidur.

Bangun awal. Bagi yang Islam, bangun awal, regangkan badan, mandi, berwudhu dan solat. Itupun merupakan salah satu 'senaman' yang merangkumi kedua jasmani dan rohani. Bagi yang bukan Islam, korang boleh je buat yoga ke stretching sikit-sikit selepas bangun tidur.

Berdiri

Bagi yang pergi kerja dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau tren macam KA sebelum ni, cuba jangan duduk. Masuk je bas atau tren, berdiri sambil gerakkan kaki atau tangan sikit-sikit. Kalau malu, jangan la obvious sangat. Kalau sporting, selamba je la gerak kuat-kuat sikit. KA dulu masa gi kerja dengan tren, memang KA prefer berdiri.

Berjalan kaki

Ini khusus bagi yang pergi kerja dengan motor atau kereta. Dah sampai di kawasan pejabat tu, cuba lah tak payah berebut untuk dapatkan parking yang paling dekat dengan pintu masuk. Bukan apa, kalau dapat yang jauh parkingnya, secara tak langsung kita akan dapat buat eksesais free. Park jauh sikit dan ambil masa tu untuk berjalan kaki.

Minum lebih banyak air

Bila KA bangun pagi, kebiasaanya KA akan terus minum air kosong. Percaya atau tak, kalau kita minum air terus lepas bangun tidur tu, kita dapat rasa air tu lalu tekak. Segar tau rasa dia. Make sure kat tempat kerja tu ada botol air. Dan yang paling penting sekali...

Bernafas!

Yup! Percaya atau tak, bernafas dengan sesetangah teknik dapat membantu kita terus kekal cergas dan tenang dalam berhadapan hari-hari kita. Cara bernafas yang betul dapat membantu kita mengawal tekanan. Dr. Norman di dalam blog dia kongsikan antara teknik pernafasan yang betul adalah:

• Duduklah dengan selesa, kemudian tutup mata.

• Longgarkan otot-otot badan anda dari kaki hingga ke kepala.

• Seterusnya bernafaslah melalui hidung dengan perlahan-lahan dan tumpukan kepada pernafasan anda. Semasa menarik nafas anda boleh membuat kiraan secara perlahan-lahan atau anda boleh berzikir menyebut nama Allah.

• Lakukannya selama sepuluh atau dua puluh minit bergantung tahap stres anda dan juga tahap kemahiran anda.

• Anda boleh membuka mata untuk melihat jam dan selepas selesai duduklah sebentar dan jangan terus berdiri. Jangan amalkan teknik ini selepas makan kerana ia perut yang terlalu kenyang akan mengganggu konsentrasi dan ketenangan fikiran.

Nampak? Sebenarnya banyak cara mudah untuk kita kekal sihat meskipun kita merupakan seorang yang sangat sibuk. Semoga kita semua terus sihat, bahagia dan kaya dunia akhirat insyaAllah.

6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. patut la akak kurang cergas..mungkin sebab akak ni tak koje...buwekkkkk! alasan je...hahaha

    BalasPadam
  2. Dekat opis takleh duduk diam... kena berdiri dn berjaln... coz printer jauh... skrg dh ada printer baru... dh kurang berjaln... kurang berdiri... sekligus kurang cerdas... hahahah

    salam kenal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! hahaha.. apa nama kampeni? nak mintak kampeni tarik balik printer.. hehe

      Padam
  3. Sebelum ni Sha banyak juga mengomen, surau jauh sebelah bangunan, nak ke ofis pun jauh, sebelah bangunan juga. Padahal itu semua bila fikir positif, boleh jadi senaman juga. Ish-ish. Betapa dah cantik aturan tu utk orang yang malas senaman macam Sha. Okay. Lepas ni for sure kerap ke bangunan sebelah, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..saya pun kadang2 gitu jugakk. Tapi disebaliknya ada hikmah kan.. teruskan positif

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال