Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Siapa tak excited kan bila nak ada anak kecil, lebih-lebih lagi yang nak ada anak first. Bakal bapa macam KA ni confirm makin lama makin kerap google, baca segala mak nenek buku berkaitan penjagaan bayi dan ibu mengandung ni.

Tadi lepas breakfas KA scroll twitter kejap baca perkembangan. KA ternampak lah Sinar FM share panduan ni. Alang-alang KA share kat sini sekali lah untuk tatapan kita semua especially untuk korang yang bakal jadi bapak atau mak budak ni.

16 Panduan Penjagaan Bayi Baru Lahir


sumber: Parent Map
1. Guna sedikit minyak kelapa atau minyak badam semasa bersihkan punggung bayi. Minyak ini akan berikan kelembapan dan proses pembersihan pun menjadi mudah.

2. Gunakan lampin yang sesuai dan mudah.

3. Apabila mahu menukar lampin, letakkan yang baru di bawah yang telah digunakan.

4. Gunakan punting atau springe yang boleh didapati di farmasi apabila hendak memberi ubat kepada bayi anda. Kaedah ini sangat berkesan bagi bayi yang tidak gemar memakan atau minum ubat.

5. Lakukan senaman seperti berbasikal bagi mengatasi masalah perut anak anda kembung. Tetapi lakukan perlahan-lahan. Jangan ganas sangat.

6. Belikan bedung atau barut yang mudah untuk dipakai. Pakaikan yang jenis berlekat jadi anda tidak perlu risau jika bedung tersebut terbuka semasa mereka tidur.

7. Bedung bayi anda seawal yang mungkin dan pastikan bedung diikat dengan betul.

8. Jangan biarkan bayi anda terjaga lebih dari satu jam kerana bayi perlukan tidur yang banyak untuk proses tumbesaran.

9. Pastikan anda tidur apabila bayi anda tidur.

10. Susukan bayi anda semasa mereka bangun, bukan semasa hendak tidur sahaja.

11. Jangan kejutkan bayi anda apabila mereka merengek kerana kemungkinan mereka mengigau semasa tidur. Pastikan mereka benar-benar bangun baru angkat.

12. Bagi bayi yang sudah boleh duduk sendiri, anda boleh letakkan mereka dalam bakul pakaian supaya mereka tidak tergelincir ketika mandi.

13. Jangan biasakan bayi anda tidur dalam keadaan sunyi kerana apabila tempat bising, mereka mudah terjaga. Jadi biasakan mereka tidur dalam suasana bukan senyap.

14. Gunakan baju yang terbuka di bahagian bawah apabila anda di rumah. Mudah untuk menukar lampin.

15. Jika anda mahu kejutkan bayi anda untuk menyusukan mereka tetapi tidak berjaya, cuba tukar lampin. Pasti mereka akan terbangun.

16. Pastikan anda mengambil gambar perkembangan bayi anda untuk dijadikan kenangan.

Korang kalau ada tips penjagaan baby ni tag la KA ye. Boleh KA tahu sama.

4 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Orang dulu2 memang particular bab bedung2 ni...bedung biar ketat supaya besar jalan tak kengkang ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah. Actually, saya pun baru tahu bedung tu untuk mengelak baby jadi kengkang bila besar..huu

      Padam
  2. Allahu...seronoknya...PC berdoa sentiasa agar diberi peluang untuk menjadi umi...doakan ya...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال