Cara Buat Duit Mudah Dengan Dropship

Apakah Dropshipping ni?

Dropshipping ni merupakan salah satu cabang marketing yang sudah lama popular di kebanyakan negara luar dan masih baru di Malaysia. Dropshipping ini membolehkan korang membeli produk secara sikit-sikit daripada pemborong dan mengepos barang itu secara terus dari pemborong kepada pelanggan korang.

Apakah Faedah Dropshipping?

Berbanding pemasaran konvensional, dropship akan mengurangkan bebanan penyimpanan stok atau inventori korang sebab segala packaging dan pengeposan, semuanya dibuat oleh pemborong. Dropshipping ini boleh berlaku dengan persetujuan di antara pemborong dan penjual runcit.
Dengan kata lainnya, korang hanya perlu promote, ambil maklumat pelanggan, ambil bayaran dan pindahkan bayaran dengan harga kos kita sahaja kepada pemborong. Kalau korang terfikirkan system affiliate bila sebut dropship ni, korang dah tak lari jauh. Lebih kurang je.



Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana sistem dropship berjalan, korang boleh tengok kat link ni : Kelebihan Menjadi Ajen Dropship

Adakah Dropshipping ini Tiada Keburukan?

Tipulah kalau saya cakap system ni tiada keburukan. Percaya atau tidak, dropshipping merupakan satu system yang banyak terdedah kepada bahaya penipuan dan scammers. kA menulis tajuk ni pun kerana kebelakangan ni ramai yang tertipu oleh scammers internet yang berasaskan dropshipping ini.

Ada di kalangan kawan dan saudara-mara yang tertipu oleh scammers yang tak bertanggungjawab. Sebagai contoh, salah seorang kawan KA (KA ganti dengan Kawan A ye) menempah Barang A daripda Ajen Dropship A. Setelah bungkusan sampai kepada Kawan A, Kawan A tu mendapati hanya bungkusan sahaja yang sampai. Isi dalam tarraaakkk! Selepas tu, Kawan A mintak refund daripada Ajen Dropship A tu. Tapi Ajen Dropship A tu cakap suruh tanya POS. Sekarang ni kes ni masih berlarutan kerana Ajen Dropship A dan pembekal dia tak nak bertanggung jawab. Ini kes jika korang sebagai pelanggan.

Jika korang sebagai Agen dropship, let say Agen Dropship B. Apa keburukan yang korang mungkin hadapi? Kemungkinan besar, korang akan ditipu sangat tinggi. Kita buat satu contoh kisah Ajen Dropship B ye. Ajen Dropship B ni promote lah Barang B kepada pelanggan B. pelanggan B berminat dan membuat pembayaran secara terus kepada Pembekal B.
>  Nak dijadikan cerita, pelanggan B cakap barang tak sampai selepas jangkamasa yang dijanjikan (dan rasional). So, pelanggan B tadi pasti akan kejar Ajen Dropship B iaitu korang sebab korang yang deal dengan pelanggan B tadi. Kat sini, pembekal B boleh cabut je. Kalau korang buat report pun akan makan masa dan duit lagi naik turun Tribunal dan Mahkamah. Kemungkinan jugak korang kena game dengan customer.

Jika korang sebagai pembekal pula, kemungkinan ditipu tak seteruk sebagai pelanggan dan ajen dropship.

Adakah Dropshipping ini Satu Kaedah yang Tak Selamat?

Tidak. Kita dikurniakan akal untuk menilai samada kita ini sebagai ajen atau pembekal di dalam system dropship ini. Antara perkara yang kita boleh pertimbangkan sebelum menyertai perniagaan jenis dropship ini adalah:

  1. Jika kita ingin menjadi ajen dropship, pastikan pembekal kita itu jujur dan memiliki perniagaan yang sah. Nak lagi bagus, pembekal kita tu haruslah mempunyai Siji Perniagaan yang sah.
  2. Siasat sama ada pembekal kita tu betul pembekal atau dia juga salah seorang ajen kepada pembekal. Tak salah jika dia salah seorang ajen, tetapi kelak akan timbul masalah barang lambat sampai dan lebih berisiko untuk ditipu.
  3. Siasat testimoni pelanggan sedia ada untuk memastikan lead-time atau tempoh masa suatu penghantaran barangan berjalan. Tetsimoni pulak jangan mintak dengan pembekal direct, cuba riki-riki tempat lain. Setakat ni tempat yang terbaik untuk kita tengok adalah di media social seperti FB Group.
  4. Jika kita ingin memulakan bisnes dropship sebagai pembekal, kita mesti mengenali dulu siapa ajen bawah kita. Saya pernah menyertai program dropship ni dan saya perasan, ramai pembekal yang main lantik je sesiapa sebagai ajen. Risikonya jika ajen buat hal, nama perniagaan dan produk kita akan teruk tercemar. 

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita perlu titik beratkan sekiranya ingin menceburi bidang dropship ni. KA harap dengan artikel ini dapatlah menjadi rujukan kepada korang yang baru nak berjinak di dalam bidang ini. Korang ada bisnes dropship yang bagus? Share la sini, mana tahu KA boleh join. Hehe….

4 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. huhuhuhu...info yang menarik....tapi keladi memang fail...bab-bab mempromosi ni... pernah join dropship kat stromreaders tu...tapi tak berapa nak jalan...kena belajar lebih ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee.. nak promote pon kena ada ilmu jugak Keladi. Saya gain knowledge melalui seminar2 dan ebook yang saya beli online.. kalau kita ada team yang bermurah hati, mungkin boleh dapat ilmu free + ebook free! haha

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul JM. Saya dalam kepala ni ada nak buat bisnes kecil2. Tambah pendapatan... doakan saya ye.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال