Cheesecuit Yang banyak Keju Dari Biskut

Assalamu'alaikum,

Aku rasa ramai yang baca ni yang gilakan keju macam aku dan wife. Kami punya favorite adalah keju selain daripada makanan tradisional seperti tempoyak dan budu. Punyalah kami ni gila keju sampai birthday cake mesti nak yang ada keju!


Nak dijadikan cerita, seminggu dua ni isteri aku rajin sangat duk sebut-sebut pasal cheesecuit. Dari hari tu lagi duk cakap nak buat sama-sama. Nak-nak dia tahu senang je nak buat menda alah ni. So, last weekend, masa beli barang dapur tu kitorang beli lah barang-barang untuk buat cheesecuit sekali. Tak banyak pun barang yang diperlukan.

Bahan-bahan untuk cheesecuit ni adalah:
Bahan keju
250gm cream cheese (Aku guna 500gm sebab toping kitorang buat tebal)
setengah tin krimer pekat (Aku guna hampir setin sebab keju kitorang dabelkan)

Bahan keju ni mula-mula pukul keju sampai lembut, pastu taruk krimer pekat manis dan pukul lagi sampai sebati.

Bahan Biskut
1 Bungkus Cream Crackers (Aku guna cap Ping Pong sebab dia sedap)
Nestum (Untuk ditabur antara lapisan)
Susu Segar untuk celup-celup biskut (Aku guna yang full cream)

Haa...kan, simple je bahannya. Cara dia senang je. ikut korang nak start lapisan dengan bahan keju dulu ke atau biskut dulu. Aku start dengan biskut dulu. Wife aku tukang celup biskut kat dalam susu segar dan susun dalam loyang. Susun ikut suka na. Kalu suka biskut padat, susun rapat-rapat dan bertindih. Aku suka keju!

Dah susun biskut, sapu bahan keju tadi satu lapisan dan tabur nestum ikut suka. Pastu, ulang jelah step-step kat atas sampai puas. Toping dia aku tebalkan bahan keju... baru syok! Pastu letak dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk best. hehe.

Jangan lupa terai ha...



6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Mudah, cepat dan sedap
    Kakak selalu juga buat sebab anak-anak suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu xpe.. bagi orang yang gilakan keju.. ni memang terbaik!

      Padam
  2. Wallaaa pooof tetiba entry terbaru yang separa jiwang muncul! hahaha... congrats weih KA, heppi bercheesecuit yow~ ;3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha Plain.. baru dapat balik register domain ni. Thanks though.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال