Colmar Tropicale & Japanese Tea Village

Assalamu'alaikum,

Cerita ni dah lama, tapi tak sempat nak menaip. Dua minggu dah masa dihabiskan untuk persiapan Malam Minggu Hoi Hoi Yahoi UZMA yang berlangsung semalam. Alhamdulillah... semuanya lancar. Dalam pos lain akan diceritakan.

Sebelum kesibukan melanda tempoh hari, aku dan isteri sempat balik ke Chenor, rumah mertua. Hantar kereta ke Kuantan. Balik dari Chenor tu, sempatlah kami singgah di Bukit Tinggi. First time pergi sana. Jalan bengkang bengkok dan agak usang untuk sampai ke atas. So, kalau korang baru first time pergi, eloklah guna gear rendah dan berhati-hati.

Untuk ke sana dari highway KARAK ke KUALA LUMPUR, aku ambil simpang keluar ke Berjaya Hills. Ikut je jalan tu sampai jumpa pondok pengawal a.k.a. pondok tiket. Pengerasnya cuma RM13 untuk seorang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Harga ni merangkumi semua tempat kecuali taman binatang, sebab kami tak sempat nak singgah. So, tak tahu ada extra fees kena ke tak.

First, kita cerita pasal Colmar Tropicale. Basically, selain dari binaan ala Inggeris... There is nothing much. Banyak bar, arked mainan dan hotel. View cantik untuk ambil gambar. Suhu dan cuaca masa kami sampai, tak berapa cantik sebab jerebu dan panas! Jom tengok gambar yang kami sempat snap.





keterangan gambar:
1) Seronok la dia sebab dari hari tu lagi nak singgah, baru ni ada kesempatan.
2) Pemandangan dari menara belakang sekali. Jangan risau, ada lift.
3) Ada angsa a.k.a. swans hitam dan putih bawah jambatan depan tu. Besar angsa-angsa kat sini. Mesti bagi makan nestum ni.
4) Lepas park kereta, kami naik lift dan keluar ikut bangunan ni... Narnia betul!

Kami sebulat suara cakap Colmar Tropicale ni tak best sangat pun sebenarnya.

Okay, sekarang kita tengok apa yang ada dekat Japanese Tea Village pulak. Nak pergi ke sana? ada dua cara. Satu by your own vehicles, another one by shuttle. Shuttle ni aku tak tahu berbayar ke tak tapi lambat nak mati. So, better bawak kereta sendiri.

Kat sini, kami pergi ke Tea House dan Japanese Garden. Cantik! Tapi orang ramai gila. Ye lah kan, kalau taknak ramai orang, buat taman sendiri hokay!






Mahapla ye, banyak gambar syok sendiri. Sebenarnya banyak lagi gambar yang kitorang ambik. Saje malas nak share. Kalau nak tengok lebih, kena gi sendiri. Well, Taman Botanik dia pon besar. Naik bukit turun bukit ye. So, make sure stamina dalam keadaan terbaik sebelum datang sini. Heheh. 

Pendek kata, tiket murah dan berbaloi. Tapi aku sarankan sampai je teruslah ke Japanese Tea Village dulu. Last baru gi Colmar Tropicale. Kat situ ada jugak Adventure Park. Yang mana suka adventure, try la na. Jumpa lagi dalam pos yang akan datang. Thanks ye baca!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال