Pantai Penarik; Pantang Jumpa Pantai

(...bersambung dari entri sebelum)

Noor 'Ain aku ni, pantang jumpa pantai... langsung nak bergambar. On the way balik tu kan kitorang lalu jalan pantai. Korang kira la berapa pantai yang ada sepanjang Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Kalau ikutkan, dia nak berhenti bergambar kat semua pantai. Tapi aku 'Aip! biassseee die ni' terus tak jadi. (gurau je tau yang =P) Ah, aku bukan kisah pun sebab aku pun suka ambik gambar, walaupun kamera pinjam.

Kita balik kepada tajuk. dalam banyak-banyak pantai tu, kitorang berhenti dekat satu pantai ni dalam kawasan Penarik. Aku kira dah dekat dengan Setiu dah kot...entah. Tapi cantik! Sebab ada bot-bot nelayan. Teringat kampung aku dulu-dulu.




Not bad la pantai dia. Tenang. Kat situ pun ada chalet yang boleh tahan comel kalau ada yang berhajat untuk stay. Makanan kat sini aku tak boleh nak komen sebab kitorang tak singgah untuk makan pun.



Ha..begitulah ceritanya kitorang menelusuri sebahagian daripada pantai timur semenanjung kita yang damai ni.

Buat masa sekarang kitorang tengah fokus untuk majlis doa selamat belah aku pulak. Dengan poket yang tak berapa tebal, aku harap lepas ni, lagi banyak tempat yang aku dapat pergi. Doakan ye untuk kami. Terima kasih kerana sudi baca.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال