Masjid Kristal, Kuala Terengganu

(...bersambung dari entri sebelum)

Esoknya, selesai je subuh, kitorang terus bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Kelantan. Tapi sebelum tu kitorang singgah kat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Oleh kerana masa tak berapa mengizinkan, kitorang sempat bergambar depan Masjid Kristal dan beli fridge magnet je kat situ.





Cantik pulak bila tengok dekat-dekat Masjid Kristal ni. Sayangnye tak boleh stay lama. Apa nak buat. Tapi sebelum kitorang singgah sini, aku lupa nak gitau. Kitorang ada singgah satu kedai mamak ni. Nama dia Kedai Roti Canai Hot Hot area Seberang Takir. Kedai tu bukan nak cakap apa la kan. Aku ingat makanan biasa-biasa je. Sebab kedai kayu kan.

Pastu, bila sampai je roti canai yang aku order dan kari daging lembu yang bini aku order, kitorang mengalir air mata bhai.. Allahu. Sedap, pekat, likat kuah dia! Sampai tak tersentuh kari dal aku. Sorry, takdek gambar. Kitorang terlampau menghayati kari dia. Kalau sampai sana, sangat rugi kalau tak singgah breakfast kat situ.

Okay, lepas je kitorang ambik gambar dekat Masji Kristal, kitorang meneruskan perjalanan ke Kelantan melalui jalan pantai. Sebelum tu sempat kitorang singgah untuk tapau keropok lekor Pak Din. Warung dia area Teluk Ketapang, Seberang Takir tu jugak.

(bersambung lagi...)


2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال