Apa Yang Dah Jadi?

Assalamu'alaikum,

Huh!

Apa yang dah jadi?

Dunia digemparkan dengan kes liwat la, student rempuh pagar la, banjir kilat la, kiki lala. Aku masih tak sempat nak buat karangan 365 patah perkataan yang bertatabahasa sempurna untuk turut berkongsi cerita dari sudut pandangan aku berkenaan itu semua. Tipu kalau aku cakap, dalam satu minggu aku tak terlintas untuk menulis dan mengarut kat blog ni. Tipu kalau aku cakap aku tak ada idea nak menulis. Tipu kalau aku cakap aku tak rasa bersalah tak menjawab komen-komen korang kat posts aku yang lepas.

Nik, Tunsha Ayunie, Haira, Ana, Nurul Hidayah, Kak nOe, Yun Sing, JM, Plain, Ibnu Ramli, Acik Idah. Aku nampak korang punya notification kat email, tapi jari ni rasa malas dan berat untuk bukak dan reply. Otak tak mendorong jemari untuk bergerak. Maaf untuk tu.

Dua tarikh penting yang sangat hampir insyaAllah, membuatkan aku terpaksa fokus kat benda lain. Fokus tambah ilmu, fokus tambah duit, fokus jaga hati orang sekeliling. Penat...tapi aku suka. Karier pun macam tu, naik turun mood bukan kepalang walaupun masa turunnya sentiasa melebihi masa naik. Mood kerja aku tak pernah klimaks dek kerana konflik tak pernah hilang. Peleraian cerita pulak aku tak jumpa, terus membuat cerita aku tergantung dalam konflik. Kalau corn flakes okay jugak.

Tiga perenggan dah, cikgu bahasa aku pasti bangga.

Kesimpulannya, kerja aku sangat banyak kebelakangan ni, percubaan mencari duit lebih pun aku tambah giatkan tanpa mengira waktu...nak kahwin kot, petang lepas balik kerja aku kerap berlari sebab esok ada Makna Founders Night Run kat Putrajaya. 

Haaa...lagi satu, post sebelum ni aku ada kasi pengetahuan terhadap page yang aku create tu kan. Sekarang ni Alhamdulillah.. berjalan la jugak walau tak banyak. Sesapa yang melintasi perenggan akhir ni tanpa klik page aku ni, siap la...korang makan nasi malam nanti jadi kenyang!. Tu je kot. Jumpe lagi! Adios amigos~~~

11 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Wah KA, selamat berlari-lari sekitar Putrajaya esok! ^^

    Malam ni aku tak makan nasik, aku makan mee... akan kenyangkah aku? Hahahah ;p

    BalasPadam
  2. sorang lagi blogger nak kawin..hihi..selamat membuat persiapan ye

    BalasPadam
  3. niat nak kahwin insyaAllah Allah permudahkan.. mudah-mudahan murah rezeki nanti :)

    BalasPadam
  4. erk! KA berlari kat MAKNA night run tu ke...hahaha...sangat kagum.
    mudah-mudahan murah rezeki la ye...insyaAllah adalah bahagian utk berumahtangga tu. maaf tak dapat bantu. nak beli pun bukannya buku dan sy yang dah tak bekerja ni (eh...). kena jaga cashflow... meleleh air liur bila pergi kedai buku/pesta buku.

    BalasPadam
  5. wah baguslaaa.. camne bisnes skg oke? aku ada juga buat bisnes kecil2an ni. cuma tak maju2 lagu. like kat fb pon tak cecah seratus pon lagi. gudluck weh. dah like ko punya fb. hebat2 teruskan usaha oke!

    btw follow blog aku. blogger baru ni http://kerusiburok.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. kat sini, dekat Kedah kan... asyik hujan dengan guruh kilat.. seram sangat :'(

    BalasPadam
  7. okay, smoga cepat kumpul duit spaya dapat kahwin.. hehehe

    BalasPadam
  8. Ooo sibuk sbb nak kawin.... hehehe moga dipermudahkan segala urusan yea...

    BalasPadam
  9. Dulukan ape yang penting Khamsi.. yang lelain tu catch-up later je.. all the best ye :))

    BalasPadam
  10. khamsi lama tk singgah sini. maaf. tercari-cari blog khamsi. alhamdulillah dah jumpa kembali.

    sihat ka bro?

    BalasPadam
  11. Niat baik insyallah jalan dgn baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال