Taman Perbandaran Tengku Anis | Shoot Yang Tak Jadi

Assalamu'alaikum,

Masih lagi dalam mood raya. Hari ni rasa macam tak lengkap kalau tak keluar menembak. Malangnya, lupa nak tengok keadaan dan mood cuaca dulu sebelum keluar tadi. Sudahnya, tak sempat lama mana pun dekat Taman Perbandaran Tengku Anis. Agak sedih apabila, aku nampak makin banyak struktur taman makin rosak dan mula pecah-pecah tanpa pembaikan yang sewajarnya. Aku rasa kebanyakan taman rekreasi baik yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar menerima nasib yang serupa.

Oleh kerana aku bukan Mazidul Akmal ataupun Karam Singh Walia, malas pula nak tangkap gambar kerosakan tu. Dek kerana tak lama aku kat sana, tak banyak pun gambar yang aku sempat tangkap. Ribut memaksa aku gerak awal.





Last-last, aku duk main snap-snap sekitar beranda rumah je. Pokok-pokok herba...



 Dan jugak tingkah seorang ibu melayan anak-anak yang masuk air macam aku dan adik-adik aku ni ha..

 Sementara tu, ayah dah siap nak ke masjid dah dan sempat memerli kitorang yang masih bermalasan lagi bila jam menunjukkan lagi 10 minit nak masuk waktu asar bagi Kota Bharu.

kA: Hajat nak habiskan satu roll filem tak kesampaian. Tengok lah esok ke lusa ke aku ke sana lagi. Sekali lagi, salam aidilfitri. 



21 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Nak tanya kamera jenis apa yang U pakai, nampak mcm vintage je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar2 kat atas ni pakai Nikon d3000 edited pakai photoscape je. Kamera y saya pegang tu is Yashica MG-1. 300 ke 450 boleh dapat dah sekarang :)

      Padam
  2. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

    Cantik gambar, serius. Try la shoot waktu hujan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eid Mubarak bro..

      Terima kasih.. Tak cukup alat la nk shoot waktu hujan.. Basah nanti.

      Padam
  3. ...."hajat nak habiskan 1 roll filem..."?? Weh... serius ko pakai camera manual?
    Waaa... oldskool abis, rare nih... btw Salam 0-0 naa KA, best aku main bungapi tadi dgn cousins aku... bukan yg besar, bising n mahal gila tu hokeh, aku main hok kecik sparkle tu jer, hehee, setaon skali ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah la..rangefinder daripada Yashica, model MG-1 huu..

      Salam 0-0 gak Plain. haha..main bunga api?? Tak perlu cakap, mesti ngalahkan bebudak tu kan? xD

      Padam
  4. Indahnya alam di sekitar kita :) Gambateh!! Berusaha lagi!! xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup2! CiptaanNya memang best! Thanks Yun Sing :)

      Padam
  5. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Pin.. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin :)

      Padam
  6. cantik gambar yang berjaya dibidik tu. Selamat hari raya.

    BalasPadam
  7. bagi aku yang tak berapa nak terrer pasal photography ini...gambar2 nie nampak menarik dan sharp jugak bro... :)

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..aduh...biasa je ni kalau nk dibandingkan dengan ramai lagi photographer kat luar sana bro..

      Padam
  8. Pakai filem? Seriously bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar kat atas ni pakai D3000. Kalau nak tengok gambar pakai filem, sila search Yashica, filem, fujicolor...

      Padam
  9. patutlah semua gambar cantik dan shine je ...selepas di editlah ni eh..

    BalasPadam
  10. Suke tengok gambar2 mcmni . Jelas pastu warna terang .
    Diri sendiri gune kamera henfon je sebab tak reti langsung pasal kamera canggih2 ni ><

    Masih sempat tak nak ucap hari raya ? Heheh..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال