Kebersamaan Blogging dan Fotografi

Assalamu'alaikum,

Dua benda ni yang aku sangat minat sekarang. Merapu kat blog ni ataupun share kat blog Stanzaku dan ambil gambar. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terpaut dengan dua benda ni. Yang aku tahu, fotografi tu iya lah orang cakap boleh nampak juga kenapa orang boleh jatuh minat. Tapi tang merapu kat blog ni yang ramai orang yang tak pernah ada blog boleh faham.

Bagi aku, kedua benda alah ni ada beberapa persamaan yang aku rasa boleh aku terima pakai. Maaf cakap, apa yang aku boleh terima pakai okay? Bukan apa yang orang lain boleh terima pakai. Boleh gitu?

foto dari blog stanzaku; peduli apa aku nak guna balik kat sini pun, gambar aku yang ambil.

Nombor Satu | Bagi aku, kedua benda ni adalah seni. Ya, dua jenis kegiatan seni yang aku tak penah nampak pada hasil akhirnya dalam keduanya mempunyai persamaan di antara penulis-penulis blog ataupun tukang-tukang gambar.

Bagi bloggers, mungkin template yang diguna sama, susun atur muka blog sama, memakai tukang iklan yang sama, tapi jelas yang aku nampak (yang aku tak nampak memang aku tak boleh komen) hasil akhir penulisan mesti tak sama meskipun ada plagiarisma sedikit sebanyak. Cara penyampaian juga lain. Begitu juga tukang gambar... Walaupun kau pakai kamera sama, lensa sama, filem sama, tempat yang sama, tapi hasil akhir gambar sangat mustahil untuk jadi sama. Tu lah maksud seni dalam kepala aku.

Nombor Dua | Samada kau bergerak ataupun kau tak dapat hasil. Dalam mengambil gambar dan menulis blog, selagi kau duduk saja di atas bangku menghadap komputer selagi itu lah karya kau tak akan berkembang. Nak bet? Okay tak baik. Apa yang aku nak cakap untuk yang nombor dua ni, kedua hobi ataupun minat ni tak akan terlaksana kalau kau duduk sahaja. Apa yang kau nak tulis kalau otak kau tertumpu kat hasil penulisan orang saja? Gambar apa yang kau nak ambil kalau kau duduk di suatu titik saja? Takkan kau nak ambil gambar kerikil yang sama untuk sepuluh tahun?. Faham?

Nombor Tiga | Meskipun begitu, baik dalam penulisan ataupun ambil gambar, keduanya menuntut kita supaya menghormati karya orang lain jugak. Tak salah kita kritik dan komen hasil tangan orang, tapi biar kena cara dan biar beradab. Lagipun, kritikan dan komen sangat diperlukan dalam apa jua proses sekalipun. Kau ingat kau mampu masuk syurga kalau orang tak komen apa-apa pasal kau? Macam tu lah jugak dalam kedua-dua kerja seni ni.

Bukit Bintang; Aku snap pakai kamera pilem apak aku, Yashica MG-1

Nombor Ampat | Kedua-duanya sentiasa menerbitkan ilmu baru. Baik dalam blogging ataupun fotografi, mesti ada je ilmu baru, skill baru dan teknik baru yang kita akan tahu nanti. Kalau tak percaya, cuba bandingkan kau yang sekarang dan kau yang setahun lepas dalam bidang blogging ataupun fotografi. Macam mana? Melainkan kalau kau tu jenis yang malas belajar sangat memang tak boleh buat apa la kan.

Justeru itu, (<---amek kau ayat SPM) apa yang aku boleh rumusi, blogging dan fotografi mempunyai banyak persamaan. Baru empat aku tulis dan aku rasa ada lagi persamaan dorang ni. Korang rasa?

10 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Aku ingat gambar zaman 50-an tadi. Kamera pakai filem kodak lagi ke apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdek lah. Tu pakai kamera Yashica MG-1, Kodak Colorplus. Aku pun tak tahu nape aku boleh minat pakai kamera filem ni.

      Padam
  2. Nik pun suka ambil gambar . Kadang-kadang orang asyik pandang bila suka sangat ambil gambar tak kira kat mana pun . Well dah menarik minat nak ambil gambar tu kan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sep! Sebabkan orang selalu usha bila saya amek gambar. So, saya sekarang ni duk gila dengan street photography. Biar saya pulak amek gambar dorang depan2 dekat2. Kekeke :D

      Padam
  3. Keduanya pun seni.... rindunya kepada dslr.... rindu nak berseni dengan camera... wooooo!

    BalasPadam
  4. setuju, blogging byk buat timm suka msuk byk aktivti smata2 nnti ada cerita..lpas tu, msing2 punya tulisan mmg lain..kita nk knal org pun boleh tgk dr hasil penulisan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Walaupun jauh dalam hati rasa macam berat je nak bergerak, tapi memikirkan boleh cari poin untuk menulis dan share, why not kan?

      Padam
  5. KN setuju pasal blogging tu... cuma pasal fotografi memang KN tak faham sangat. Yang tau, ambik gambar guna phone je... Tak de maknanya nak seni2 sangat! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. fotografi depends kepada tujuan jugak KN. Kalau setakat nak ambil gambar kasual, belasah je la.. huu. Tapi kalau gambar kasual kena dengan komposisi dan framing akan jadi cantik.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال