Aku Suka Kuih Seri Muka Yang Sedap Dan Lemak

Assalamu'alaikum,

Beruntunglah orang yang mencari rezeki ikut sunnah Nabi s.a.w. iaitu dengan berniaga. Nak cakap macam mana lagi, 9/10 kekayaan kat atas dunia ni berpunca dari meniaga. Apalagi dengan kelebihan yang ditawarkan tak kira besar ke kecik ke bisnes yang korang buat.

Yashica MG-1 | Kodak Ultramax 400 | Pasar Seni
Sepanjang aku duk study sampai stido bab meniaga ni, apa yang aku nampak kelebihan yang paling besar adalah; 1) Dengan berniaga, kita jadi lebih berserah untung nasib, laku rugi bisnes kita kepada satu-satunya Yang Empunya. 2) Yang ni yang membuatkan ramai yang prefer berniaga berbanding makan gaji. Pengurusan. Baik pengurusan masa mahupun fulus, korang berniaga, korang sendiri urus. (Awas! silap urus, korang hancus!)

Di samping dua yang atas, aku cilok gak dari site Aku Islam dan lain-lain berkenaan kelebihan berniaga ni.
Blog Aku Islam cakap antara kelebihan berniaga adalaah:
1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.
2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)
4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji. - klik sini untuk baca habis. 
Dari sudut pandangan aku yang sangat kerdil ni, untuk merasakan kesemua nikmat dan kelebihan berniaga, kita kenalah ikhlas dan jujur. Kalau air kelapa yang kau jual tu lebih air paip dari air kelapa, kau ingat berkat ke? Sama jugak kalau dah jual kuih. Kalau tengokkan kuih seri muka dia punya berminyak... uih, berseri-seri muka kita ni ha!. Sekali telan, macam makan chewing gum. Lemak ke mana, pulut ke mana. Menjawab la kau nanti kat sana.

Yashica MG-1 | Kodak Ultramax 400 | LRT Pasar Seni
kA : Mesti ramai di kalangan blogger ni berniaga di tapak bazir bazaar Ramadhan kan? Berniaga elok-elok, biar Allah redha... bukan mulut kita sorang kita nak suap hasilnya tu nanti taw. Semoga sukses!

7 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Berniaga ni... kena niat yang berniaga tu kerana Allah... berniaga tu kan ibadah... susah beb nak jumpa yang bebetul meniaga kerana ibadah ni... :) contoh bulan puasa ni kat bazar, harga ayam goreng seketul kecik je pun = rm 4 ... cari untung biar berpada kan kan kannnn.....

    Tepung pelita pun best :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah maksud saya. Elok-elok masa berniaga pasar malam tempoh hari kuih harga 30sen, eh kat bazaar dah naik jadi 50sen. Tepung pelita memang saya suka gak Oni! dekat bazaar dekat bukit ampang sana..uihhhhhhhhhh~~ meletopppop! lemak berkrim, nak2 letak lam peti lak.. aduh..

      Padam
  2. minta pencerahan *stido tu apa??~~ Rajin2 datang ke Bazar Jalan Taiping, Klang. Sejak berhenti belajar, rajin jugak tolong men'jahanam'kan gerai pak cik kat situ(pst: tolong jaga gerai) ...Selalu seminggu lepas ramadan sampai pagi raya, buka dari tengah hari sampai awal pagi. Meriah tengok peniaga kita berniaga...kenkadang ada macam pesta dah...terawih ntah ke mana. kat sini bermula teori aku yang orang siam& kelantan ni semua adalah peniaga. Rasanya KA patut tukar profesion tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, pak cik tak jual makanan...dia jual kopiah& barang ibadah. Jadi tak brkaitan dengan topik bazar makanan... :) tapi kalau kata biskut raya tu, pernah terkena la...biskut tawar.

      Padam
    2. Lah..stido pon tak tahu? tu bahasa sanskrit kuno sebelum bertapak di Malay Archipelago lagi. Gabungan dari perkataan Study+Tido. Hmmm..

      Nak jugak berniaga, sedang berusaha ke arah tu jugak ni Cik Soleh oi. Haha, itu yang tak sedap tu.. husnudzon je lah, dorang berterawikh tengah malam karang dengan keluarga. Kopiah or barang ibadat pon mesti kena jujur jugak kan?

      haha, biskut tawar? Saya selalu terkena.. sebab tu saya suka tart nenas. Suka gila! walaupun crust dia tawar tapi lemak, inti dia manis masam. Saling melengkapi.

      Padam
    3. ohhhh~~~ study+tidur... ok2. :) Agaklah~~ kunonya bahasa ni...heh

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال