Instax Mini 90 Neo Classic

Assalamu'alaikum,

Ebay kerap kali menghantar email notification untuk items yang tengah hot sekarang di website diorang. Biasanya aku akan buat tak tahu je (Walaupun aku yang subscribed to their newsletter). Tapi dua tiga hari ni aku tertarik dengan satu iklan untuk instant camera ataupun ada orang panggil polaroid camera. Kenapa aku boleh tertarik? Cuba korang tengok gambar model terbaru instant camera dari Fujifilm - Instax Mini 90 Neo Classic kat bawah ni:

Bahagian atas yang simple; sesuai dengan praktikaliti kamera ni

Bahagian filem polaroid akan keluar selepas snap

Design yang simple, classic yet elegant

Instant kamera ni dah dilengkapi dengan beberapa setting yang terbaru
 Menarik kan? Sangat teruja untuk memiliki beliau! Aku tak tahu lah kalau ada readers yang rasa benda ni biasa. Tapi bagi aku, kamera ni sangatlah ohsemnya. Nak-nak semenjak kamera Yashica MG-1 aku tu dah tak boleh pakai. Sunyi baq ang!. Rupa dah tengok, so jom kita tengok setting dan function yang ada pula.

Flash Berprestasi Tinggi

Instax Mini 90 Neo Classic dilengkapi dengan flash yang berprestasi tinggi untuk kelasnya yang mana ia akan memberi limpahan cahaya yang secukupnya untuk fit korang punya surrounding dan jarak. So, ini akan menjadikan cahaya dalam gambar nanti sedap-sedap je untuk mata memandangnya.

Mod Parti

Mod ini dapat menyeimbangkan keterangan cahaya subjek dan latar belakang yang bersesuaian. Maka, background nanti tak adalah nampak suram. So, kemeriahan parti nanti dapat dirasakan bila kawan-kawan tengok balik gambar-gambar yang kita ambil.


Mod Kanak-kanak

Mod ni pula sesuai untuk digunakan pada subjek yang tak duduk diam. That's why nama mod pon mod kanak-kanak kan. Tapi boleh juga digunakan untuk orang dewasa yang tak reti duduk diam ye. Fujifilm cakap, mod lebih sesuai digunakan dalam persekitaran yang rendah sumber cahayanya seperti di dalam rumah dan pada hari berawan atau mendung.


Mod Lanskap


Mod ini pula seperti yang umum tahu (yep! korang lah umum itu) sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan dan jarak optimum pula 3 meter sehingga infiniti.

Kawalan Keterangan

Kebiasaannya, kamera segera ataupun polaroid ini tidak ada kawalan untuk keterangan cahaya. Means, korang just ada butang snap je. Terang ke gelap ke gambar yang terhasil, korang kena pasrah. Tapi, Instax Mini 90 Neo Classic dah bagi korang ketenangan jiwa dengan adanya setting ini.Untuk set dia punya keterangan cahaya, korang boleh pusing dial yang dekat depan tu sambil pandang through viewfinder.
  • N = Normal
  • L = Bright
  • L+ = Brighter
  • D = Dark
Macro Mode

Bagi korang yang kaki selfie, ambil gambar jerawat, ambil gambar masakan dan segala mak nenek benda secara dekat, mod ni sangat sesuai dengan korang. Ambil pula dengan Instax Mini 90 Neo Classic ni, dengan kesan khasnya yang artistik...pergh! Korang akan dapat kepuasan yang berseni lagi tu.


Macam mana? dah cukup tertarik ke belum? Kalau belum, bawah ni aku nak tunjukkan dua lagi mod yang bikin hati naik geram!

Satunya Mod 'Bulb Exposure' (Aku tak tahu nak Bahasa Melayukan benda ni! -.-")

Mod ini sesuai bagi mereka yang suka mengambil gambar panorama pada waktu malam. Sebab shutter akan terbuka sehingga selama 10 saat. Ini membenarkan lebih pendedahan filem kepada cahaya. Ataupun bagi korang yang suka ambil gambar garisan cahaya kereta lalu lang tu, pun boleh guna mod yang ni.

Lagi satu adalah mod Double Expossure

Mod ni dapat mencantumkan dua gambar berbeza, di blend ke dalam satu gambar yang unik lagi masterpiece. Maknanya kalau guna setting ni, korang tekan button snap, die tak keluar gambar lagi untuk view pertama, lepas korang snap kali kedua, barulah gambar akan keluar macam kat bawah ni:

Stylo kan?
 Untuk spesifikasi penuh, korang boleh ke Fujifilm punya website di sini.

kA: So, korang berminat tak? Aku dah letak dalam wishlist dah.

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. wow, terbaik utk peminat polaroid camera, sangat smart.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu tak ngape. Tapi harga around 600++ jugak la kat Malaysia.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال