Aku Marhaen

Datang dulu
Duduk di bangku ku!
Agar kau tahu apa erti menunggu

Datang dulu
Bertongkat dagu di meja ku!
Agar kau menikmati manis tekanan

Datang dulu
Selak lembaianku!
Agar kau mendalami lautan keringatku

Aku bukan kau
Tuan-tuan yang siarnya bertandu
Bangkunya berlapik baldu
Pakainya indah-indah selalu
Baunya wangi-wangi aduh

Aku marhaen
Tempat tuju segala tempelak
Tanpa salah aku disepak
Mengetuk kekunci rehat tiada sejenak
Kepala penuh tapi berpangkat bodoh

Datang dulu
Hidang wajah kau hampir denganku...
Agar kau rasa diludah bertalu!


Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال