Laskar Pelangi

Assalamu'alaikum...

Duk berbalas komen dekat blog cik Damia Umairah tadi, tetiba teringat cerita ni:

Cerita yang berjaya membuat aku menangis selepas Kaho Naa Pyaar Hai...ooops.
Credit Gambar : Indonesia Consulat

Credit
Sesape yang pernah tengok citer ni mesti tahu kan macam mana dia punya tahap bermain dan memainkan perasaan dan emosi kita?. Dan secara otometik dan otromen pon aku teringat kat adik-adik aku dari Labuan ni. Rosdi, Hasim, Radziemah, Shila, Laniey dan Faida...apa khabar korang eh?. Radziemah dan Faida je aku selalu tegur kat facebook, yang lain agak lama tak dengar kabar. Silap aku jugak, selalu tukar facebook. haha..sorry ye adik-adik.

Bebalik kepada cerita ni, Laskar Pelangi yang diambil dari novel tulisan Andria Hirata yang dah jadi best seller dah pon sampai dah diterjemah ke dalam bahasa Hungary. Dah terjual lebih 5,000,000 naskhah tu! Banyak tak kosong kat situ?. ehehe. Cerita ni mengajar kita erti kehidupan yang bukan berkisar kepada kekayaan harta semata, tapi juga kekayaan moral dan akhlak. Kesungguhan dan ketabahan anak-anak udik ni memang sangat menyentap hati mak nak bila tengok filim ni sambil berbekalkan keropok lekor dan CofeeMix segera yang rasa macam gula melaka adanya tu. 

Tapi sungguh, sapa yang pakai unifi tu sila-silalah download dan tengok sorang-sorang kat laptop. Jangan lupa untuk menyampingkan tisu muka di sisi. (Walaupun aku nangis masa tayangan kat budak-budak junior kat dalam dewan LT1 kat Baitulmal dulu dengan tiada perasaan segan dan silunya...ah! peduli hapa aku). Sape yang dah tinguk tu meh la share sket berape helai korang guna tisu. Aku ingat nak tulis sinopsis pasal citer ni, tapi nanti kang dah jadi tak sedap pulak korang nak tengok. (padahal malas yang nyata). So, korang seperaiskan diri sendiri taw..cian korang.

kA: Eh! Siyeslahhhh aku nanges...so? What's your problems? Tak pernah tengok laki kiut dan hitam manis macam kek coklat seperti aku ni menanges? (Time laki lain nanges, semestinya aku bahan...terutama bila adik aku yang dah kawen tu nanges mase first tengok citer Kaho Naa Pyaar Hai). Wassalam!

12 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. boleh tahan meleleh gak ye.. ahahaha =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. oip2! hehe..sikit je le..tapi siyes..citer ni memang sedih, dan macam menarik kita mengalami apa y budak2 tu rasa.. :')

      Padam
  2. crite ni mmg best. tp KB tgk x sampai ngis2.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huu...saya nangis mungkin sebab family pernah ada zaman susah kot.. :')

      Padam
  3. yelah khamsi kawan kat office pun pernah cerita.one day kak lea akan spent time layan,mungkin sekotak tisu di sisi menemani he3..

    owh takde salahnya lelaki menangis...hahahaha layan hindi ka...adeih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu zaman sekolah menengah kak.. Sekarang tak suka..seksi melampau. Kalahmek saleh... Absolutely of coursely semestinyely kena tengok. Best...haa. Cinematography die pon menarik..

      Padam
  4. ohhhoho sampai sini pula yah, cerita Laskar Pelangi? Salam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti..famous tu cerita ni. lakonlayar yang mantap tu.. :)Salam

      Padam
  5. Assalamualaikum, salam ziarah. Salam perkenalan. Saya tidak berkesempatan menonton cerita ini. Tetapi, saya telah membaca novelnya. Sesungguhnya saya meminati tulisan Anrea Hirata. Bahasanya sangat memikat. Kalau naskhahnya sudah bermutu, tidak menjadi masalah untuk diadaptasi. Pasti menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastinya. Sangat menyentuh cerita dia ni...dengan setiap watak yang berbeza kanak-kanak tu, sangat sedap dan mendalam..dan sinis:P

      Padam
  6. nah tisu.. emmm.. hingus tu lap sekali eh.. :d

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال