Pencarian Bunga Gerimis

Assalamu'alaikum...

Buruh bertuah berehat dari lelah
Berlibur menanti tiba Khamis
Ke pesta buku merindui sekolah
Sambil mengintai si Bunga Gerimis

Maka, telah dicatatkan bahawa aku akan berpeluang menyinggah di pesta berkumpul pencinta ilmu. Dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di bawah pejabat UMNO. Terus hati mendetik bertalu mengarahkan kaki menjelajah khemah jualan dan memaksa pandangan mengintai buku himpunan puisi kontemporari yang pernah menyinggahi bibir. Bunga Gerimis...buku usang yang ditakdirkan likunya bertemu aku. Namun tidak lama sebelum kembali ke tempatnya entah ke mana.

Dijadikan misi sendiri, namun tiada jua berhasil. Dicari namun tiada ditemui. Tiga buku dijadikan pengganti pengubat hati.


Dari kiri;

  • Bayang Beringin - Rahimidin Zahari
  • Balada Pyanhabib - Pyanhabib
  • Di Atas Padang Sejarah - A. Samad Said

Memang agaknya untung diri, berkebetulan mendapat signatur Pak Rahimidin sendiri. Temanku bilang Pak Samad bisa ku cari sendiri, mau di Pasar Seni atau KLCC. (InsyaAllah)


Ya, itu hasil carian yang ingin dikongsi sebelum mata menghilangkan dunia yang hilangnya pasti.

kA: Maaf la ye, baca buku puitis rasa nak post macam ni...kui3

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال