Hujan Mengiringi Pemergian

Assalamu'alaikum, 

Esok aku dah nak kene gerak gi KL balik dah. Alam macam tau2 je yang aku dah nak gerak ke KL balik lantas hadiahi aku ngan cucuran hujan sekejap2 yang tak membahayakan bot2 kecil. Seusai solat asar tadi, lepak2 jap sambil layan adik bongsu aku, hujan turun agak lebat menyejukkan atmosfera sekitar.   Serase hati dan semuram kalbu, macam tu la suasana petang tadi bila dibasahi hujan.

Maleh nak cakap banyak, sebak je rase nak tinggalkan famili lagi untuk mencari sesuap nasi, secebis kehidupan di celah lopak kota Kuala Lumpur. Semoga hari2 mendatang di rantau orang membuahkan kebahagiaan untuk aku dan semua orang sekeliling. Seindah rahmatNya melimpahkan hujan menyuburkan Bumi, begitu juga aku harap dan doakan rahmatNya melimpahi hati2 kita...memberi hidayah dan ketenangan yang hakiki. Jom layan gambar2 hujan kat kampung Kedai Buloh ni. Wassalam.
                           





  


Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال